marimari

Thursday, August 9, 2012

malam lailatulqadar


saya just nak sharing jer..samasama kite mendekati malam lailatulqadar ini..




LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. 

Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-QadrLailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam LailatulqadarKerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.Doa khusus di Malam LailatulqadarDoa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doaOrang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah. 2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.


Tanda Malam Lailatulqadar Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:- 

  • Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
  • Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat. 
  • Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
  • Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqada


    oklh kawankawan sharing is caring...

Wednesday, August 8, 2012

jem tart nenas


huh!pagipagi dah buat aku hangin...punyela aku buat kerja dengan pantas dan cepat isnin lepas, lastlast document tu tak berhantar ke bank..dah la urgent..kalau despatch yang kn marah sebab lambat xperla, nanti aku juga yang kena..hampeh tul!.....





mata dah la kuyu ni, tido lambat punye pasal.garagara nak tengok Azizul si pocketrocketman beraksi di sukan olimpik..at last kalah juga..takpe...apeape pun tahniah dapat ranking ke 6 dunia..bangga wooo...hehehe



 oklah, nak cite sikit yang kami suamiisteri rajin semalam buat jem tat nenas..dah nak start buat biskut raya la katekan..malam ni baru nak buat tat nenas nyer..menjadi jugala jem nyer..senang jer..aku guna resepi dari google saja..

just guna :
2 biji nenas
3/4cwn gula
sedikit pewarna kuning

caracara:
- potong nenas buang empulurnye, kisar dan toskan air nyer
-masak dengan api yang perlahan sehingga kering sedikit baru masukkan gula dan pewarna
-kacau hinggat pekat..siap!
-gula tu agakagakla, takut ade yang taknak manis...


 time nie dah masukkan gula dan pewarna..cantik kalernyerrr...

hasil nyer...taraaaa!

okla kawankawan..nak sambung wat kejer..jangan tetidur sudahla kang..hahah

Tuesday, August 7, 2012

sheila hamzah chumell bertudung


alhamdulillah, sheila hamzah now sudah bertudung...comel sangatkan?!






sumber : beautifulnara

setia city mall ~ shopping raya part 2



semalam akhirnya terkorban juga cuti petangku..garagara hubby cuti sempena Nuzul Alquran, dan teringin nak shopping di setia city mall..




coz ramai cakap mall tu best sangat..so semalam aku amik half day, ondaway nak g hantar bro in law masuk kolej, kitorang ke setia city mall..hehe


mulemule ok jer mainmain ngan mummy
lepas minum susu terus hanyut..


sampai jer dah macam teruja, happening rupenyer kat dlm tu..si zhariff sampai jer boleh plak die tido..tapi ade rahmatnyer juga, dapat shopping dengan aman sikit, kalau tak die sibuk nak mainmain.hehe..



macammacam butik ade..mulemule kitorang ke Daiso Japan tu.beli barang sikit, then ke Zara...jeans yang hubby berkenan takde pula, tibatiba aku tenampak satu bilik untuk kids. memang seronokla kan..memang nak cari baju zhariff kat zara..lastlast dapat juga baju raya zhariff..alhamdulillah..Cotton on for kids pun best juga kat situ..mmg semuanya bestla.heheh..



 hubby kusyuk mencari baju untuk adikadiknya...

lepas tu ke PDI pua.kebetulan tgh sale last semalam..dapatla hubby beli sikit baju raya untuk adikadiknya..seronok sungguh bershoppingkan..haha..smpai tak cukup masa, ingat nak sambung lagi, coz tak habis pusing lagi..hehe..diz coming weekend nak spent time shopping with adik ipar yang tersayang..kenapa tersayang coz satu kepala..hehe..jangan marah eh farhah n nadiah..





hasil tangkapan semalam and bile zhariff dah bangun pok min melayan gelagatnyer..thank you pokmin...

dalam pukul 5lebih gerak pergi hantar bro in law masuk kolejnyer, singgah beli sup utara untuk santapan berbuka..hehe..hubby lebih rela buka dirumah daripada bebuka diluar..senang katenye nanti rushing nak solat semua bagai..hehe..sempat juga aku buat pancake sebagai pembuka selera, mkn dengan choc hersyey's dan icecream..mmg yumeyh




 oklah kawankawan, nak sambung wat budget yang tak sudahsudah..hehe..daaa

Monday, August 6, 2012

selalu memang begitu


sharing lagi..

tapi memang betul pun kan, pemikiran segelintir manusia...sama sama kita memperbaiki diri kita...




memang semua serba tak kena...thanks to kawankawan yang share di fb saya..

datuk lee chong wei the best


salam nuzul Alquran..seronokla siapa yang cuti tu ye..KL dah tentu jem hari ini..ramai yang keluar shopping barang raya kan?..jeles dekat hubby, tengah nyenyak tido masa mummy keluar tadi..hehe

apeapepun nak wish congratulation to Datuk Lee Chong Wei, dapat pingak perak malam tadi..walaupun kalah, tapi die main dengan sangat baik sekali..nampak nya die berjuang untuk dapatkan gold medal..





after tengok acara yang sangat dramatik tu, barula kitorang gerak balik ke KL..alhamdulillah sabtu, ahad lepas masih berkesempatan pulang ke kg. halamanku berbuka dengan family tersayang.semua ada..so rumah sangat riuh rendah...dengan masingmasing request makanan kegemaran masingmasing..hehe..



kusyuk sungguh anak buah ku ini...



so dalam 9.30 mlm tadi br gerak, nasib baik tak mengantuk, penangan minum kopi my brother supply untuk produk 1malaysia..so bolehla borakborak ngan hubby..singgah putrajaya, fetch bro in law..sampai rumah nak dekat kul 12 mlm..bile sampai rumah sempat lagi makan bekalan mak mee kari tebaik!nyumnyum...hehe

okla, melalut dah..korang semua dah siap ke dengan persiapan raya..kami insyAllah akan continue dis coming saturday with in laws...tapi tak tahu lagi nak ke mana..hehe..sure penuh mall kan nanti, gov dapat bonus...hehehe

oklah, nanti sembang lagi..selamat berpuasa kawankawan.. 

Thursday, August 2, 2012

hikmah bepuasa


x
sharing lagi...

  • mengajar prinsip cinta kepada Allah swt. hal ini kerana apabila seseorang itu berpuasa, dia berpuasa kerana kedalaman cintanya kepada Allah swt. orang yang tulu mencintai Allh swt iailah orang yang tahu tentang hkikat cinta yang sebenar
  • melengkapkan seseorang itu dengan stu ras pengaharapan. apabila seseorang itu bepuaa, dia mengaharapkan Allah swt senag dengannya di samping mendapat rahmat daripd Allah swt
  • mendekatkan diri kepada Allah swt kerana berpuasa sematamata untuk Allah swt
  • mengajar manusia erti kesabaran dan membuang sifatsifat mazmumah dalam diri manusia
  • membersihkn hati dan fikiran serta mengubah cara hidup
  • mendisiplinkan diri
  • mengajar eti kesusahan dan kehidupan, lalu mendatangkan keinsafan
  • memantapkan kerohanian dan keimanan kepada Allah swt

sibukla sangat


salam kawankawan,

wah! Awal pagi dah berblog, saje jer...coz sampai awal, kemaskemas dokumen dulu untuk hari ini.pastu checkla msg ape yang patut..

alhamdulillah selepas 3 hari sistem kat ofis ni problem, semalam tengahari dah ok..so cepatcepat aku siapkan payment yang dah tertunggak..so hari ni bemula episod nak buat budget, revised for this year nyer budget sekali..benda yang paling aku tak suke buat..coz pening!!,huhu




kejap jer kan esok dah jumaat, lagi 2minggu nak menyambut hari raya..so esok time luch nak cari ape yang patut yang masih xbeli lagi...belanja ni kena bijak kawankawan..hehe..tapi kalau kite beli something untuk reward diri sendiri guna duit gaji kite after penat lelah bekerja tidak salah rasanya..

oklah kawankawan pic kat bawah ni juadah berbuka semalam..hubby cakap taknak masak coz nak makan mcd, so aku turutkan sajalah..boring dah asik makan nasi katanya...hehe...layankan jert




oklah, daaaa...

Wednesday, August 1, 2012

zara sale


ade sape nak serbu?
jangan lepaskan peluang..

persiapan raya


salam,

kawankawan semua sihat.aku n family alhamdulillah dah beransur pulih dari selsema n batuk. korang semua dah prepare ke baju raya?Orang sek gomen mesti tunggu bonus kan next week..alhamdulillah..kami di LTAT pun insyAllah akan dapat same tarikh dgn gov...tapi persiapan raya dah buatla sikitsikit..untuk zhariff xbeli banyak pun coz baju n jeans nyer banyak yang masih baru, so beli alakadar jerla.kasut mmg fav mummy nyerla, suke cari yang chumell..mummy suke beli kan kasut brand vans, nike, kalau sandal ipanama..simple jert..tapi kalau jeans mmg dekat zara kids la yang the best kot..baju macam2 butik.Kalau baju tido banyak dekat FOS je..oklah dah melalut plak..

papa n zhariff nyer baju melayu dah beli kain suruh my mom jahitkan..mine, masih bepikir nak beli ready made or beli kain...start hari ni till 12ogos Karangkraf ade buat promosi jualan hari raya..korangkorang bolehla singgah kt ade bekenan di hati untuk raya nanti.

last sunday kitorang jalanjalan shopping di sunway piramid, so masukla cotton on kids nak cari kot ade apeape yang berkenan..lastlast si zhariff melalaklalak nak beli patung ayam..beria die tunjuk nak juga, puas pujuk..lastlast terpaksa turut kan ape yg dimahukan...kalau dah suke ngan ayam ape yang nampak macam ayam mmg die nak...huhu




nasib baik beli, coz die sangat behave duduk dlm stroller sampai terlelap peluk patung ayamnyer itu..

lepas ke sunway, aku ker umah maksu di ara, coz dah janji nak ke subang parade pula jlnjln tgk baju raya..bile dh smpi sn mmg rambang mata, banyak baju lawalawa, tapi masih agak pricey sikit...tak jd nak membeli kalau dh harganya rm400 kan..bagitahu hubby and he said tunggula kalau kedai tu buat diskaun ke nanti, ade je kan takde saiz dh nanti kalau aku nak...huhuhu....


oklah kawankawan nanti ceritacerita lagi yer..

selamat bepuasa...