marimari

Wednesday, January 9, 2013

doa anak yang soleh



jom samasama ibubapa menadah tangan mohon anak yang soleh
inshaa Allah


share dari fb :  Suami isteri bahagia

xoxo
.ieta.

"nanak olah mi"


hari ketiga zhariff di playschool. masih menangis waktu papa hantar. siap papa bawa g makan roti canai dulu pagi tadi. start malam tadi dah pandai cakap "nanak olah". mummy pujuk ajak iron bju school samasama, sangkut baju, susun beg sekolah semua. malam tadi zhariff agak manje, nak dipeluk, tak bagi mummy buat keje. dalam tengah baringbaring terus zhariff terlelap. 

pagi ni zhariff bangun awal, layankn die nk makan potato chips sambil layan astro ceria. salam, hug mummy sebab mummy nak pergi kerja. zhariff masih ok. papa mandikan, bawa makan roti canai. bile papa stop depan pintu pagar sekolah. zhariff terus cakap " jom,jom papa..nanak olah" ajak balik. hurmmm drama king dah start. terus papa bagi kat teacher, die start menangis. papa tinggalkanla juga.  dalam pukul 9 tadi teacher kol, bagitahu don't worry,  lepas papa pergi zhariff izzat dah ok. tengah main dengan abang ucopnye. mungkin die masih tak mesra lagi dengan persekitaran. masih kena ambil masa. sesekali zhariff akan cari juga abang ucopnye. nasib baik tidur samasama dengan abang ucop. lega hati mummy, bile teacher cube calm kan mummy. teacher cakap kat rumah dont keep asking about school. biarkn saja. kakmimi pun ade bagitahu pagi tadi, dulu ucop pun macam tu juga. nak dekat sebulan juga, bile nampak pintu pagar sekolah, terus menangis ajak balik. aku kena kuatkan semangat, tabahkan hati. teacher pun cakap first time hantar anak memang camtu.

petang semalam, papa yang fetch zhariff, bile sampai rumah terus ajk zhariff mainmain kat taman depan rumah. saje nak bagi zhariff happy kan.


muka happy dapat main taman





memang happy sungguh die dapat main kat taman, pastu bawa die g beli jagung manis fav pulak. insyaaAllah harini dah bagitahu hubby belikan durian. zhariff suke makan durian. lagipun dia dah minta nak "oyan" hehe..oklah yer nak rehat, perut dah kelaparn dri pagi tak makan lagi.hehe


bye!

xoxo
.ieta.

Tuesday, January 8, 2013

zhariff nangis ke tak?


salam semua.

arini mood ok sikit.hehe. semalam tengahari aku gatal bebeno nak sms teacher zhariff. lastlast ini reply yang ku terima.


terus hati gundah gulana, menyesal plak rasenyer sms teacher tu. tapi bile die ckp dont worry, macam okla sikit kan.

memang menghitung waktula aku semalam, balik hubby dah tunggu. rase mcm nak terbang je, nak cepat sampai.hahaha..sampai jer, zhariff tengah mandi, borakborak la kejap dengan teacher nyer. zhariff nangisla juga, onn and off la..maybe tak biasa lagi dengan environment dengan orangorang dekat school tu. tapi lepas mandi jer terus terjah playground. main kejap pastue baru balik. kirenyer ok juga la hari pertama kan.


inilah muke fresh zhariff after balik sekolah. alhamdulillah, die tak meragam bile balik.takut la juga kan kot meragam, melalak bagai. cume layankan die nak makan jagung manisla. mulemule die minta durian, mane pula la ku nak cekau durian kan. bile cakap durian takde, terus die cakap 'nak agung mi'. keluarla kejap aku ke mydin beli jagung manis.

pagi ni plak hubby yang hantar, aku dah siap susunkan baju atas katil zhariff, masakkan air, beg sekolah dah masukkan dalam kereta, siap pesan kat hubby before hantar zhariff make sure bagi zhariff minum susu dulu.ondaway ke ofis sempat kol hubby n cakap ngan zhariff, suara zhariff okla, cakap kat die jangan nangis, kalau nak susu, bagitahu teacher. siap jawab ok yang tak tahan tu.

bile hubby hantar jer, die ajak papa die masuk sekali kat kelasnyer tu, hubby terus bagi kat teacher, berdrama la kejap zhariff, nangis pula. sampai sekarang teachernyer tak sms, kire okla tu kan.

mudahmudahan zhariff ok di hari mendatang.

inshaaAllah. 

xoxo
.ieta.

Monday, January 7, 2013

zhariff at playschool


salam isnin semua.

dari malam tadi hati ini berbolakbalik mengenangkan zhariff nak ke playschool hari ni. dah siap prepare kan barangnye. zhariff pun mlm tadi tido pukul 10 lebih. lewat juga, risau takut die tak bangun.

so pagi ni aku memang dah mintak ngan boss masuk lewat sikit. lepas aku dah siapsiap, kejutkan zhariff plak lebih kurang dalam pukul 7.15 camtu. mmg agk lit sungguh. puas ku gomolgomolnyer..tak boleh ku bayangkan hari esok dah harihari seterusnya, camnela papanye nak kejutkan anak terunanye itu..hehe..puas kejutkan, last jadi cmni.


habis kuak lentang semua ade

puas pujuk ajak mandi, zhariff cakap "ejuk mummy", so berdrama la kejap. mulamula basuhla muke, rambut sikit. last baru mandikan.hehe..setel mandikan, isi perut dulukan, buatkn susu..pastue layankan main TAB sementara tunggu papa siap plak.


tepat pukul 8 suku, siapsiapla nak hantar zhariff. hati ni berderau jer. mummy yang gelabah gile, macam tak confident kan. zhariff excited juga, tengok ni..


nak tarik sendiri beg sekolahnyer. tengoklah uniformnyer tu. kotakkotak gitu seluarnyer.


nak masukkan sendiri begnye dalam kereta


mummy dah sebak juga time ni, 

sampai je school,  teacher tanyer dulu nama ape, coz nak letak shoes kat tempat nyer sendiri. then bagi name tag. tengah aku sibuk nak bagi beg kat teacher zhariff, tibatiba datang ucop, excitedla zhariff kan, terus teache bawa kat kelas diorang, dah nampak mainan terus main. tapi zhariff sangatsangat gudboy. mummy cakap mummy ngan papa nak g kej dulu, suruh hug, zhariff hug, sustuh salam, zhariff salam, suruh kis,  zhariff kiss. pastue terus sambung main ngan abang ucopnyer.


eksperi mukenyer nak cakap ngan mummy tengah main itik. bile zhariff dah leka terus aku masuk kereta. dari dalam kereta nampakla juga zhatiff berdiri kat pintu cari mummy. time nak mengalir dah airmata, kutahankan jua..

ku berdoa agar zhariff dilindungi olehNya, baik, gembira bersama kawankawan barunyer serta teachernya.

tak sabar nak tunggu petang fetch zhariff. dan surprisenyer hubby nak hantar aku g keje. wah merasa hubby hantar, last dulu time preggy kan zhariff.

oklah yer, nanti kite sambung cerita lagi.

bye!

xoxo
.ieta.

Sunday, January 6, 2013

renungan bersama



salam hujung minggu.
arini buat ape kawankawan?aku inshaAllah nak ikut baaa bawa adiknya cari barang adik ipar sikit nak di bawa ke hostelnyer..

aku tinggalkan katakata di bawah ni..



xoxo
.ieta.

Saturday, January 5, 2013

Pasar Borong Selangor


salam semua. kejap je dah petang di hari sabtu, esok ahad, lusa anak g playschool..huwaaaa..cekal kan hati masita..chaiyokkk...

korang buat ape je arini? aku seawal pagi dah ke pasar borong with jiran, membeli stock bahan basah. oklah barangbarangnyer.ikan pun banyak. macammacamharga ade. kena pakai tengok n pilih.hubby said nak start memasak balik.sudah hampir 2 bulan kot tak memasak beria kat dapur ku itu. 


tadi after zuhur ke UPSI kejap, ikut hubby g ambil barang adiknyer yang sudah tamat belajar. tunggu nak konvo bulan 8,9 nanti. pastue entah ke mana postingnyer. huhu...sempat juga ke pasar malam tanjung malim. best juga.huhu

oklah nak tinggalkan juga korang dengan katakata di bawah ini



xoxo
.ieta.

Friday, January 4, 2013

Sample Huggies Dry Pants


aku dh lupe dh bilela ku request sample Huggies Dry Pants ni
tahutahu tadi g admin 12th floor, member bagi sampul surat. punyela besar, sekali ini die barangnye.


apeape pun thank you yer
hehe

xoxo
.ieta.

makin kurus


salam jumaat

Ya Allah, mmg tak sempat langsung harini nak update blog sebelum mulekan kerja 8 suku tadi..after breakfast terus tekejarkejar buat kerja. nak buat entry autopublish pun tak berkesempatan malam tadi. dari pagi duk naik turun lif. haiyoo.. dahla kurus, makin cekedingla aku. penat tu. ni barula nak bernafas balik. payment pun melambak tak start lagi. selalu cmtukan, hari jumaatla tibatiba banyak kerja. haishhh...

malam ni pula nak kena setelkan sikit barangbarang zhariff nak ke playschool monday ni. sekali jemput BIL kat hostelnya di Shah Alam. sukela zhariff, pokmin nyer dah study semula kat KL ni. selalula boleh jumpe. nanti bangun pagi sure punyer terus ke bilik pokmin n ketukketuk pintu pangil pokminnye.hehe

oklah yer, nak tinggal kan katakata di bawah ni untuk semua.


inshaa Allah

xoxo
.ieta.

Thursday, January 3, 2013

love u mom!


salam khamis semua,






love u mom!

xoxo
.ieta.

Wednesday, January 2, 2013

cousin gilegile


last saturday ade wedding cousin dekat Keramat AU, anak buah ayahla kirenyer. 
kenduri kahwin tu jadi happening gile bile cousin betemu cousin. bile dah sekepala, memangla happening kan. jumpe cousin yang lama dah tak jumpela. borakborak sampai pengantin pun dilupekan. haha..

korang layan pic kat bawah ni.



korang perasan tak ciknina pakai baju and turban comel?
tu beli kat bandung, mmg sangat comel die pakai.
tapi kejap jer tu, dah panas nak buka plak.hehe



gambar ni semua ambil kat fb cuzzycuzzy ku
thanz korang

nak juga tempelkan pic family kecil kami


entah bile lagi nak jumpe cuzzycuzzy ku ini...

bye!

*autopublish*

xoxo
.ieta.