marimari

Friday, February 17, 2012

weekend yang penuh aktiviti


last weekend start jumaat after kerja hingga ahad malam penuh dengan pelbagai aktiviti la sangat.hehe.start jumaat malam as usual akan ade tazkirah di rumah maksu aku kat ara damansara.majlis ilmu ni tiaptiap bulan disampaikan oleh Ustaz Abdullah Yassin.sangat penuh dengan ilmu menggunakan terjemah al quran. this time surah al-khafi lagi.my mom pun turun dari kampung dan macam biasa juga bawa lauklauk feveret anaknya daging salai masak lomak cili api, kuih kasui dan koci terbaik.hohoho.

budak lelaki main masakmasak

aku tido ara, macam biasala..pagi sabtu after breakfast pulang ke rumah siapsiap untuk ke kuantan attend wedding kawan hubby.


Gerak lebih kurang dalam kul 11 lebih cmtu samapi sana dah pukul 2.30, tapi still lagi ramai orang dtg.melepak sampai kul 4, tunggu kawankawan hubby datang.anak teruna siap mainmain ngan ayam dan angsa gitu..hehe..dalam kul 4 kitorang gerak balik KL pula..then hantar phone dkt adik ipar di PPUM kemudian ke ara semula. siapsiap untuk dinner di the apartment the curve with family members..terlalu ramai orang okeyh..makanan dkt the apartment ok juga tapi agak mahal skit..lepaklepak borakborak dah sekat kul 11..hehe..

with lovely mak and sis

at the apartment

keesokkan harinye ayah ajak ke Kapar pula jumpe teman lama. before tu kami sempat lunch dekat Selero Kelana Jaya.makanan sangat sedap.harus cube.masakan minang. Aku ikut jela



mak dan ayah kalau datang KL ajak ke mana aku joint jer..tapi ayah mesti ajak aku juga..hehe..coz hubby tahu jalanjalan di Kl ni. so lepak ngan uncle Boon Soon and family sampila ke petang..

copilot gitu...

sudah penat jadi copilot mau titon pula..

petang pula kami ke Tropicana club joint aunty su and aunty ude lepaklepak sementara budakbudak swimming.ape lagi haruslah ank teruna tersayang jointkan..hehe.nak dekat maghrib baru pulang, nasib baik rumah aunty su belakang club saja.



cik nina zhariff

Memang agak penat minggu lepas, minggu dah ada plan yang disusun.hehe.start malam nie akan ke Putrajaya rumah adik ipar.lepaklepak je sana, borakborak..

oklah,melalut ape ntah lagi, mesti korang boring nak baca.jumpe di lain entryla..hehe

Wednesday, February 15, 2012

wordless wednesday



big sale


kawankawan cepat rancang percutian anda..
best ni..
woot!woot!
:99: airasia



mangkuk magic zhariff


alhamdulillah dah samapi pun barang yang di order thru online. Mangkuk magic hehe, taklah aku order Gyro Bowl thru online. harga termasuk pos dalam RM19.00 oklah sangat puas hati perkhidmatannya. kalau korang nak order try search dekat facebook Yuyuy Akley or Maria Rajab..


inila rupe barangnnye, harus bagi zhariff cuba balik nanti..



nanti aku upload pic tuan badan dan gyro bowl nye pulak..hehe

Tuesday, February 14, 2012

no valentine's day for muslim


tarikh yang ramai mengingati nya 14 Februari 'VALENTINE"S DAY' khususnya kepada remajaremaja. Tapi harus diingat ye, iaitu dilarang sama sekali untuk dirai atau disambut oleh umat islan seluruh dunia.

Aku ade terbaca Hukum Orang Islam Menyambut Hari Perayaan Valentine's Day.

...budaya dan amalan meraikan Valentine’s Day adalah dilarang sama sekali oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat...

Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan
berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.
Bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(al-Kafirun ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal
bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam.
Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. :

Bermaksud :
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, budaya dan amalan meraikan Valentine’s Day adalah dilarang sama sekali oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat. Di dalam Islam, usaha untuk memupuk kasih sayang tidak semestinya dilakukan hanya pada hari tersebut sahaja kerana cinta merupakan satu proses yang berpanjangan dan berterusan sehingga seseorang menghembuskan nafasnya yang terakhir.

sumber ehsan : web mufti selangor

So kawankawan no Valentine's Day for muslim..


ketemu di lain entry..

Thursday, February 9, 2012

sale



cotton on kids SALE.wajib pergi.hehe.
Offer : 13-29 Februari 2012
aku mmg suke bajubaju dekat cotton kids.kalau ade anak perempuan
lagi gile dibuatnya.
hehe
ape lagi kawankawan pergi cepat.
lalalala

tips anak anda tidur lena





lately nie zhariff susah ssangat nak dapat tidur yang lena.tak tahu la kenapa.tiaptiap malam mesti 2,3 kali bangun sama ada nak susu atau tak dapat nak tidur dengan nyenyak.dan agak mengganggu juga tidur kami.demi anak tersayang layan kan jugala.tapi bile pergi kerja bagai nak ditongkat kelopak mata.hehe..

di sini ade beberapa tips yang aku ambil dari google :

1. pastikan anak memperoleh tidur yang mencukupi
- bayi memerlukan 14 hingga 15 jam untuk tidur pada setiap hari manakala kanakkanak memerlukan 12 hingga 14 jam setiap hari

2. tidurkan pada waktu bayi mengantuk
- sebaikbaiknya rutin tidur bayi anda patut bertahan selama 30 hingga 60 minit bagi setiap kali tidur

3. cahaya mentari sebagai loceng
- cahaya mentari memainkan peranan penting untuk membetulkan pola harian tidur si anak. Pendedahan anak kepada sinar matahari sebaik sahaja dia terjaga dari tidur boleh memberinya petanda semulajadi bahawa hari sudah siang.

4. Persekitaran tidur selesa
- periksa tempat tidur anak terlebih dahulu dan pastikan bilik tidurnya bebas daripada barangan yang bersepah sehingga mengganggu keselesaan untuk tidur.

5. Ajar anak cara tidurkan dirinya
- teruskan mendidik anak tentang kepentingan mempunyai rutin tidur yang menenangkan. Berikan juga tumpuan pada kesan berkaitan tidur yang mungkin mempengaruhi tidur anak anda. Galakkan anak belajar menenangkan diri sekiranya terjaga pada waktu tengah malam. Kirakira 1/3 daripada kanakkanak yang sudah bersekolah masih memerlukan bantuan ibubapa untuk kembali kepada tidur setelah terjaga.

6. Tetapkan rutin tidur
- waktu tidur untuk si kecil atau kanakkanak yang sudah memasuki alam persekolahan sepatutnya bermula antara pukul 6.30 petang hingga 7.30 malam. Namun dalam sesetengah kes istimewa seperti jika terdapat majlis khas, elakkan daripada membiarkan anak tidur lewat terlalu kerap. Ini bagi mengelakkan pola aktiviti harian mereka terjejas.

7. Jangan abaikan tidur petang
- apabila anak anda tidak lagi mengamalkan tabiat tidur petang, anda boleh menggalakkannya menggantikan tabiat tersebut dengan masa untuk bersantai. Dengan ini, masa santai itu bukan sahaja memanfaatkan si anak malahan anda berdua.

8. Makanan yang betul
- jika anda menghidangkan makanan berkarbohidrat kompleks bersama protein, anda sebenarnya memberi anak anda snek yang dibekalkan dengan 'kuasa' berpanjangan. Ini akan mengelakkannya daripada terjaga pada bilabila masa. Berbeza dengan makanan kaya protein atau gula, tenaga yang diperoleh daripada makananmakanan ini akan menyukarkan rutin tidurnya daripada berjalan lancar. Seperkara yang perlu diingati ialah perhatikan waktu pengambilan hidangan berat agar tidak terlalu dekat dengan waktu tidur.

9. Aktiviti fizikal penggalak tidur
- wujudkan peluang untuk anak anda melakukan aktiviti fizikal pada siang hari agar dia dapat tidur lena pada sebelah malam. Berikan peluang kepada bayi anda untuk melakukan sedikit senaman ringan di atas lantai misalnya merangkak.

10. Gangguan teknologi
- Gajet seperti komputer mahupun televisyen boleh mengganggu ketenteraman sebelum masuk tidur. Jadi, elakkan anak anda daripada terpengaruh dengan aktiviti gajet.

1st time zhariff tido cmni, lena jugakla..hehe

ade juga la aku boleh ikut daripada tipstips yang diberikan. so, kawankawan..kalau anda ade masalah yang sama boleh la ikut tips ini.

sehingga ketemu lagi di lain entry.


Wednesday, February 8, 2012

wordless wednesday



Friday, February 3, 2012

cuti panjang lagi



wah!~cuti panjang kembali lagi kawankawan.ape program cuti ni?aku insyAllah tak malam ni, pagi esok akan ke utara.memenuhi undangan perkahwinan.aku pergi with family tercinta.hehe..

kirenye kali ni jerla last cuti panjang pun.pastue dah takde dah kan..bekerja la kite 5 hari pagi ke petang.tungu cuti sekolah pelak nanti kan bulan 3.time insyAllah akan pulang ke kg. halaman hubby plak.dah lama tak balik Kelantan.last balik tahun lepas awal bulan 12.

oklah kawankawan.apeape pun Happy Holiday!~:50:

Thursday, February 2, 2012

peduli ape org nak kate


salam ibuibu di luar sana..sebenarnya dah lama nak share tentang kaedah-kaedah yang korang ambil untuk mencegah kehamilan.ade macammacam kaedah.antaranya :

  • Pil pencegahan kehamilan (OCP)
  • IUCD
  • Implan
  • Suntikan
  • Topi serviks
  • Diafragma
  • kondom
  • megikat tiub
  • vasektomi
  • kaedah berkala
  • pengunduran
  • penyusuan
antara kaedahkaedah di atas yang mana satu korang ambil.aku rasa ramai juga yang buat perancangan sendiri.hehe.tapi aku sendiri tidak confident.cewah..so aku decide mmg nak guna IUCD.

before deliver zhariff doktor ade tanye pasal benda ni.tapi doktor lebih cadangkan guna kaedah IUCD tiada hormon katenye.tapi tak tahulahkan. After deliver zhariff, aku berpantang di kg.ade juga nurse tanye nak guna ape, kalau boleh kita dinasihatkan merancangkan kalau boleh 2tahunla.habis berpantang je aku ade wat checkup ng doc time aku deliver Dr. Sabri kat KPMC Puchong. Rahim semua ok, dr. Sabri suruh datang lagi seminggu untuk pasang IUCD. Pasangnye pun tak sampai 5 minit. before pasang tue memang cuak jugala,takut sakit ke,pendarahan ke.tapi alhamdulillah semua ok.mulemule agak tak selesa juga.aku pasa untuk tempoh 3 tahun.tapi kalau dalam 2 tahun nak cabut dah pun boleh.ikut masingmasingla. kos lebih kurang dalam RM212.00.

Macammacam pandangan negatif aku terima. ade yang perlekehkan cakap muda lagi, sayangla, blablabla..tapi ikut masingmasingla kan kalau pakai canggih mane pun, kalau Allah swt nak beri ade juga.aku tak kisah pun.janji sihat..Alhamdulillah dah nak dekat setahun pakai, takde masalh ape, cuma period agak lama la..kurangkurang ambil masa 15 hari.time heavy just 3 hari jer, yang lamanya dotdotdot..hehe..everymonth pun on time jer dtg.kalau awal atau lewat dalam 2 hari jer..

so ni ade beberapa info tentang kaedah IUCD :


  • IUCD adalah alat kecil (3cm panjang) yang diletakkan ke dalam rahim untuk meransang tindakbalas keradangan di dinding endometrium supaya penempelan embrio tidak berlaku.
  • Waktu paling sesuai memasukkan IUCD adalah sebaik sahaja haid berhenti, pada masa yang sama menggugurkan kandungan atau semasa pemeriksaan selepas bersalin ( 1 bulan selepas bersalin)
  • Terdapat 2 jenis IUCD :
(i) IUCD Kuprum
- ia mengandungi kuprum yang berfungsi menghalang sperma dari memasuki tiub
fallopio
- ianya berkesan selepas 3 tahun dimasukkan
- aliran haid akan menjadi banyak dan panjang selepas dimasukkan
- peratus kegagalan <1%

(ii) Progestogen IUCD
- ia mengandungi Levonorgestel (hormon seperti progesteron) yang menjadikan mukus
di serviks menebal untuk menghalang sperma untuk memasuki rahim
- ianya boleh bertahan selama 5 tahun selepas di masukkan
- kelebihan IUCD kuprum ialah, aliran haid tidak begitu banyak dan menyakitkan
- peratus kegagalan 0.1 %

nampak macam sakit jer nak pasang.tapi tidak okeyh..inilah die rupenye..oklah kawankawan selamat mencari kaedah yang sesuai untuk diri anda.

sehingga bertemu lagi di lain entry.daaaa...