marimari

Thursday, November 17, 2011

demam campak (Measles)


salam,

agak lama tidak berceloteh di sini..agak sibuk menjaga anak yang tidak termasuk la saya. alkisahnye, zhariff diserang demam campak..before tahu die kena demam campak, die demam panas, muntah sume bagai lepas tue mcm susah nak bernafas..lepas demam naik bintikbintik di kepala..lepas tue ok..selang 3,4 hari zhariff demam balik panas dan terus kuar bintikbintik merah di badan..penuh depan belakang..saya bawa pergi mediviron and doc cakap zhariff kena measles, doc bg ubat demam and rash.alhamdulillah zhariff tak meragam sangat cume kesian tgk die kadangkadang susah nak benafas..

now ahamdulillah zhariff dah beransur pulih.kulit pun dah cantik sikit..hehe

ini ade sedikit info yang boleh dikongsi :

pa itu demam campak?

Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.

Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.

Apakah tanda-tanda demam campak?

Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:

  • Demam tinggi
  • Batuk, selsema dan sakit tekak
  • Mata berair dan sensitif kepada cahaya
  • Sakit otot

Ruam demam campak

Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?
Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.

Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.

Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:

  • Jangkitan pada telinga
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
  • Jangkitan pada otak (encephalitis)
  • Cirit birit

Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.
Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :

  • Panadol untuk mengurangkan demam
  • Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
  • Berehat dan minum air yang cukup.

Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.
Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).

Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.


putera kesayangan saya

Wednesday, November 2, 2011

wordless wednesday