marimari

Monday, November 25, 2013

Kejang Betis Ketika Hamil


Korang pernah rasa kejang betis bagi ibu-ibu hamil ni. perghhh, sepanjang mengandung kali kedua ni, saya dah kena 4 kali tak silap. memang sakit, nak nagis pun hadooo...

so ini ade sikit info dari Pa & Ma..

Seringkali ibu hamil mengadu mengalami masalah kekejangan betis terutamanya pada waktu malam. Kesakitan yang dialami pasti mengganggu tidur si ibu hamil. Biasanya ia berlaku pada trimester kedua dan ketiga.
 
Masalah ini berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot dan membuatkan otot jadi kejang. Otot yang sering menjadi mangsa adalah otot betis. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan beberapa minit, tetapi tidak sampai merosakkan otot betis anda.
 
Antara punca berlaku kekejangan betis semasa hamil adalah:
 
*Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi mengambil apa yang diperlukan daripada simpanan badan ibu.
 
*Uterus (rahim) semakin membesar dan memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki dan kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki.
 
Apa perlu buat?
 
*Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
 
*Urut otot yang kejang itu.
 
*Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh bejalan seperti biasa.
 
Tip elakkan kekejangan betis
 
*Buat senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
 
*Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulang dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
 
*Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
*Elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
*Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
*Minum banyak air.

wassalam...

susunatur : storage box from Mydeal


dah lame tak update. asik cilok mencilok masa nak update, tapi tak menjadi.
now tengah sibuk buat preparation nak pindah rumah baru. alhamdulillah setelah sekian lama, dapat juga kami setelkan urusan pembelian rumah sendiri. mungkin rezeki baby kedua ni. tapi memang di akui, banyak nak kena guna duit kan?

bayar lawyer fee saja hampir 10k. sekarang tengah tunggu grill siap untuk dipasang. itupun satu rumah buat untuk security la katakan, pun hampir RM4,500 ribu. tak tahula design macam mana hubby pilih. awal bulan nanti nak setelkan pemsngan meter air pulak. duit lagi nak kena panggil plumber. then wiring, lampu, kipas semua bagai. huwaa.... nak nangis pun ade..korek duit tabung ape lagi.. tapi takpekan untuk rumah sendiri mulemule memang kena bersusah payah. 

memang digalakkan beli rumah di waktu awal usia. sebab, masa untuk bayar loan lama sikit. nanti biler dah berumur, masa nak bayar loan pendek, sebulan beriburibu plak nak kena bayar.

oklah dah merapu, sebenarnyer nak share organiser yang saya jumpa kat mydeal pagi tadi.

http://www.mydeal.com.my/deals/kuala-lumpur/xmas-santa-express-rotary-seasoning-storage-box-rm3190-delivery-wm-only


terase macam nak sambar je, nak kena bagitahu en.husband dulu.

oklah, nanti ade benda boleh di share daku share kan yer.

wassalam