marimari

Monday, November 25, 2013

Kejang Betis Ketika Hamil


Korang pernah rasa kejang betis bagi ibu-ibu hamil ni. perghhh, sepanjang mengandung kali kedua ni, saya dah kena 4 kali tak silap. memang sakit, nak nagis pun hadooo...

so ini ade sikit info dari Pa & Ma..

Seringkali ibu hamil mengadu mengalami masalah kekejangan betis terutamanya pada waktu malam. Kesakitan yang dialami pasti mengganggu tidur si ibu hamil. Biasanya ia berlaku pada trimester kedua dan ketiga.
 
Masalah ini berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot dan membuatkan otot jadi kejang. Otot yang sering menjadi mangsa adalah otot betis. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan beberapa minit, tetapi tidak sampai merosakkan otot betis anda.
 
Antara punca berlaku kekejangan betis semasa hamil adalah:
 
*Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi mengambil apa yang diperlukan daripada simpanan badan ibu.
 
*Uterus (rahim) semakin membesar dan memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki dan kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki.
 
Apa perlu buat?
 
*Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
 
*Urut otot yang kejang itu.
 
*Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh bejalan seperti biasa.
 
Tip elakkan kekejangan betis
 
*Buat senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
 
*Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulang dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
 
*Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
*Elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
*Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
*Minum banyak air.

wassalam...

susunatur : storage box from Mydeal


dah lame tak update. asik cilok mencilok masa nak update, tapi tak menjadi.
now tengah sibuk buat preparation nak pindah rumah baru. alhamdulillah setelah sekian lama, dapat juga kami setelkan urusan pembelian rumah sendiri. mungkin rezeki baby kedua ni. tapi memang di akui, banyak nak kena guna duit kan?

bayar lawyer fee saja hampir 10k. sekarang tengah tunggu grill siap untuk dipasang. itupun satu rumah buat untuk security la katakan, pun hampir RM4,500 ribu. tak tahula design macam mana hubby pilih. awal bulan nanti nak setelkan pemsngan meter air pulak. duit lagi nak kena panggil plumber. then wiring, lampu, kipas semua bagai. huwaa.... nak nangis pun ade..korek duit tabung ape lagi.. tapi takpekan untuk rumah sendiri mulemule memang kena bersusah payah. 

memang digalakkan beli rumah di waktu awal usia. sebab, masa untuk bayar loan lama sikit. nanti biler dah berumur, masa nak bayar loan pendek, sebulan beriburibu plak nak kena bayar.

oklah dah merapu, sebenarnyer nak share organiser yang saya jumpa kat mydeal pagi tadi.

http://www.mydeal.com.my/deals/kuala-lumpur/xmas-santa-express-rotary-seasoning-storage-box-rm3190-delivery-wm-only


terase macam nak sambar je, nak kena bagitahu en.husband dulu.

oklah, nanti ade benda boleh di share daku share kan yer.

wassalam

Tuesday, October 22, 2013

zhariffizzatkhair brother to be


alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menaip di blog picisanku ini. agak lama sudah meninggalkannyer. since mengalami alahan yang teruk di awal kehamilan.

ye!~ alhamdulillah saya diberi rezeki hamil untuk anak yang kedua tanpa diduga. kenapa tanpa diduga? sebab saya sebenarnyer pakai alat mencegah kehamilan, iud. bile lewat saje datang haid dalam bulan 5 terus lajulaju cek, dan resultnya positive. gembira tak terkata. memang plan nak menambah ahli keluarga kecilku, tapi plan kononnya tahun 2014, tapi Allah swt lagi maha kuasa. kami diberi rezeki awal. alhamdulillah..

3 bulan pertama memang sangat mencabar. nak pula alahan di bulan puasa, dengan bleeding lagi. mesti ade yang tertanyatanya macam mana dengan iud saya tu kan? Alhamdulillah juga, iud tu boleh dibawa keluar. so selamat di situ. tapi ade bleeding hampir 3 minggu, sampai doktor kata potensi untuk keguguran tu ade. sedih juga bile dengar cmtu. so saya pun jagala pemakanan dengan mc hampir 3 minggu. tak boleh gerak banyak.

so now alhamdulillah bby membesar dengan sihatnyer. kandunganku juga dah masuk 6 bulan. baby sangat lah aktif. barubaru ni ade buat detail scan di KPMC Puchong, alhamdulillah semuanya baikbaik aja. bile nak tengok muke malumalu plak nak tunjuk. sampai kakikaki tutup muke. haila anak, sabar jela. nak surprisekan mommyla tu. baby kali ni, memang pemalu susah nak scan. hehe....

oklah yer kawankawan. nanti ade masa dan waktu kiter cerita lagi.

assalamulaikum...

Thursday, June 27, 2013

masih bernafas di atas bumiNya


salam ceria semua. alhamdulillah masih bernafas di atas bumi Nya. dengan keadaan cuaca yang kurang memberansangkan ini kan. ditambah pula dgn keadaan saya yang masih kurang enak kesihatannya. 

mulamula nak mohon maaf kepada kawankawan yang ade tinggalkan jejak di blog usang ni, kerana tak dapat nak membalas jejak kalian itu. inshaallah saya akan cuba membalasnya. ini pun dah dekat seminggu tak buka blog, since last update. saya pun dah jarang beronline. cuma aktif di INSTAGRAM jer. facebook pun jarang sekali nak tgk. dah macammacam dan merapu juga post yang ade kat wall tu. sapesape yang ade INSTAGRAM jom followfollow @iietamalek yer. ade juga beberapa kawan blog yang sy follow. jumpa kat INSTA jela kite ye. hehe..

oklah, alhamdulillah juga pagi ni, dibekalkan dengan nasi goreng  cooked my papaidham. terima kasih sayang kerana melayan isterimu ini. 



just nak share ngan kawankawan gambar zhariff masa field trip yang lepas ke Kilang Gardenia dan Sports Day (indoor) di taskanya. ini pun ambil di school web nya.









seronok zhariff dapat naik bus yer. tapi muke serius jer. cuak ke nak? hehe







ok semua, jumpa lagi yer.







Thursday, June 20, 2013

Parents & Teachers day


salam semua.

just nak share cerita perjumpaan ibubapa with zhariff nyer teacher last saturday. kitorang gerak dri ara, so masa dalam perjalanan zhariff dah tertido. bile sampai jer, terus die nangis. maybe die ingat nak g sekolah. bile principal die nampak jer, terus die cakap arini memang ramai yang nangis. gelakkan aku mendengarnye. terus g klas zhariff dan borakborak dengan teacher die. alhamdulilah, teacher cakap izzat gud boy, baik, tak nakal. yang tahan tu rupenyer suka jogejoget. lagu bangun pagi dielah yang paling kuat menyanyi. hehe. suka mommy...

oklah layankan gelagat zhariff kat sekolahnyer bile mood die dah ok.








oklah yer, nanti kalau mood berblog kembali lagi. kita jumpa lagi.

wassalam.

Thursday, June 13, 2013

jalanjalan iCity


cerita sudah basi baru nak share. share pun ala dar jer mood berblog ke laut sudah. haha

nak share cerita mas cuti sekolah lepas.kitorang family members ke Icity. punyala dah lama Icity dah buka, baru kali ni dapat pergi. memang excited jugalakan.tak tahu ade ape kat sana selain dari lampulampu yang orang duk cerita tu kan. hehe

kitorang pergi Jumaat malam. so after work balik ruah siapsiap kemasbarang terus kerumh maksu kat Ara. rupenyer kat umah maksu dah ademy auntie yang lain, cousins semua. lagila bertambah meriahkan. almaklumlah kami kalau bercuti memang uke ramairamai, happening.

jom layankan pic. nasib baik mase sampai tu orang tak ramai lagi hujan pun dah reda.





budak berdua ini yang paling excited nampak mainan





papa in action with all cousin



die pun sama nak main juga



setel main kat area ni, kitorang ke rumah salji pulak. ni atas permintaan my cousin harith yang sibuk nak g tempat ade salji. aku pun try jugala masuk baw zhariff n nak jaga budakbudak ni. tapi tak lama pun sebab kesejukan. aku dah keluar. budakbudak jela yang tinggal, excited main slide. jenuh juga kami tungu kat luar. sementaravtu sempat juga bawa zhariff naik train.





oklah yer kawankawan. setakat itu jer yang mampu dicoretkan.

jumpa lagi!


Wednesday, June 12, 2013

bersyukur


salam ceria di pagi rabu

berapa hari dah meninggalkan blog. maaf yer kawankawan.kesihatanku kurang memberansangkan. mood nak berblog pun merudum. tapi aku cuba untuk terjah blog kalian yer.

ni aku tinggalkan katakata yang aku ambil di FB untuk renungan bersama.



betulkan memang kita ni kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

wassalam.

Sunday, June 9, 2013

salam hujung minggu



salam hujung minggu semua.

alhamdulillah pagi ni turun hujan kan. sejuk je suasana pagi ini. korang buat ape? aku maybe duduk rehat kat rumah jer. kepenatan seharian tawaf sunway lagoon semalam  masih terasa lagi.

nampak pic kat atas tu. budak tecik yang bangun pagi lepas melesetleset dgn mommy terus ajak turun nak main ipad katanya.

korangkorang semalam  aku ada terbaca kat the star, PetPet Murah tau kat Aeon BIG RM 29.90. amacam? g la terjah. aku dh beli last week. tak berniat lagi nak tambah stok. hehhe..

oklah yer, tetiba teringin dessert pagipagi ni.

k bye!






Friday, June 7, 2013

6 jenis mata


salam ceria di pagi Jumaat. cepat sungguh masa ni berlalu. esok bercuti hujung minggu. next week mula meratap jalan jem pula.

dah dua hari semangat bawa bekal. hari ni sempat buat cucur bilis jer. ingat nak buat sos sendiri tapi tak berkesempatam garagara melepak dgn in laws balik pun dah lewat.

oklah, just nak share artikel yang aku ambil dr FB ni.



moga kita semua dijauhi dari 6 jenis mata seperti di atas.

wassalam

Thursday, June 6, 2013

menjadi bahan gelakan


semalam orang toyota call suruh kereta coz nk ganti n pasang balik security alarm yang kononnya hilang itu. terus call hubby minta tolong ambil dekat toyota coz aku malas nak tunggu. kena setting semua bagai, ambil masa sikit. hubby cakap tak dapat nak tolong coz die kena g senawang, kepala dah buntu.

terpaksa minta tolong member ofis, tapi kena naik motorla. terus aku cuak,tapi nak buat cmne, dah terpaksa kan takde pilihan. member sorang lagi plak halfdy pagi tak sempat katanya nak tolong. tak mengapalah. aku hi dahla tak pernah naik motor tengah bandar. adepun masa belajar kat Pineng dulu. itupun setakat pergi makan kat area umah sewa. punyerla aku jadi bahan gelak tawa dalam group admin kat whatsapp. cer korang tgk conversation kt bawah. itupun aku dh crop sikit. macammacam diorang ni.


dah setel hantar nak balik siap ambil pic dulu, siap upload masuk whatsapp. haha


fara kata senget benget aku pakai helmet. memang aku tak pandai pun.huwahuwa..nasib baik petang hubby leh hantarkan ke toyota. kalau tak jenuh pula nak menahan teksi. lastlast alarm tu termasuk ke dalam masa cuci enjin. sabor jela, macam mane leh jadi macam tu pun tak tahula...

oklah yer. kalau jadi malam ni nak ke putrajaya. harapharap jadila, coz plan last minute bertukar plak. hehe