Proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan
Berikut adalah senarai semak untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan. Sila cetak dan tandakan perkara yang telah anda lakukan.
MERISIK:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
- | Cincin belah rotan. (cincin tanda) |
- | Wang tanda (hantaran) |
-
| Baju sepasang atau kain |
- | Buah-buahan |
- | Kuih-muih |
- | Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara) |
- | Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak. |
- | Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis. |
- | Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan. |
- | Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut. |
- | Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran. |
- | Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan. |
PADA HARI PERTUNANGAN:
- | Cincin berlian |
- | Sirih junjung |
- | Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan. |
- | Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis. |
MALAM BERINAI:
- | Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda. |
- | Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda. |
Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.
LAPAN - ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
- | Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin. |
- | Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut. |
- | Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.) |
- | Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal. |
- | Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya) |
- | Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda |
- | Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya. |
- | Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. |
Bagi pengantin lelaki:
- | Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran. |
LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
- | Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. |
- | Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. |
- | Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda. |
- | Membeli cincin kahwin. |
- | Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan. |
- | Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput |
- | Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu) |
- | Lakukan rawatan muka, badan dan rambut. |
- | Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain. |
TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
- | Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin. |
- | Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya. |
- | Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital. |
- | Rawatan intensif muka, badan dan rambut. |
Bagi pengantin lelaki:
- | Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda. |
- | Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki. |
Bagi pengantin perempuan:
- | Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda. |
- | Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda. |
DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
| Membeli barang kemas |
- | Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda. |
- | Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput. |
- | Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. |
TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
- | Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati. |
- | Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung. |
Bagi pengantin perempuan:
- | Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti). |
TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
- | Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran. |
- | Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan. |
- | Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon. |
- | Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut. |
- | Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal. |
- | Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan. |
- | Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda. |
Bagi pengantin lelaki:
- | Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan. |
Bagi pengantin perempuan:
- | Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut. |
- | Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki) |
PADA HARI PERNIKAHAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
- | Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul . |
Bagi pengantin lelaki
- | Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda. |
- | Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai. |
- | Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi. |
- | Cincin / gelang tangan / rantai. |
- | Sirih junjung dan lain-lain hantaran. |
- | Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan. |
- | Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut. |
- | Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. |
- | Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain. |
PADA HARI PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
- | Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya. |
- | Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum. |
- | Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan. |
Bagi pengantin lelaki:
- | Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan |
- | Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung |
Bagi pengantin perempuan:
• | Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda. |
TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
- | Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak. |
"semoga bahagia selamanya"
p/s : korang rasa perlu ker wang tanda masa merisik..br 1st time plak aku dgr bnde tu..