marimari

Friday, May 4, 2012

bob kuman Meninggal dunia


Salam takziah kepada keluarga allahyarham Bob Kuman
hilangnya seorang insan seni kita






3 Mei – Perkhabaran yang pasti mengundang pelbagai emosi apabila berita yang disahkan sendiri oleh pihak kakitangan hospital Sungai Buloh dimana pelawak kesayangan kita, Bob Kuman atau nama sebenar allahyarham, Husni Mohd Rawi telah meninggal dunia. 

Bob Kuman yang memang terkenal dengan sikap dan lakonan komedinya telah dimasukkan ke hospital Sungai Buloh awal tahun lepas setelah mengalami kemalangan ketika di lokasi penggambaran drama 'Jangan Pandang Belakang Congkak" di Hulu Langat sekitar tahun 2011.

Berita ini turut disahkan oleh wartawan Mazidul Akmal Sidek di dalam blog rasminya dan memberitahu Bob Kuman menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 4.38 siang tadi di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara.

"Kakitangan Ambulan Hospital Sungai Buloh telah mengesahkan Bob Kuman meninggal dunia pada jam 4.38 petang tadi."

Filem "Jangan Pandang Belakang Congkak 2" pasti akan diingati peminat filem komedi tanah air, takziah diucapkan kepada keluarga allahyarham.

sumber : yahoomalaysia

No comments: