Korang pernah rasa kejang betis bagi ibu-ibu hamil ni. perghhh, sepanjang mengandung kali kedua ni, saya dah kena 4 kali tak silap. memang sakit, nak nagis pun hadooo...
so ini ade sikit info dari Pa & Ma..
Seringkali ibu hamil mengadu mengalami masalah kekejangan betis
terutamanya pada waktu malam. Kesakitan yang dialami pasti mengganggu
tidur si ibu hamil. Biasanya ia berlaku pada trimester kedua dan ketiga.
Masalah ini berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot dan
membuatkan otot jadi kejang. Otot yang sering menjadi mangsa adalah
otot betis. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan
beberapa minit, tetapi tidak sampai merosakkan otot betis anda.
Antara punca berlaku kekejangan betis semasa hamil adalah:
*Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam
darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi mengambil apa yang diperlukan
daripada simpanan badan ibu.
*Uterus (rahim) semakin membesar dan memberi tekanan ke atas salur
darah besar pada kaki dan kesan daripada hormon kehamilan iaitu
progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki.
Apa perlu buat?
*Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki
perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan
kesakitan itu akan hilang.
*Urut otot yang kejang itu.
*Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh bejalan seperti biasa.
Tip elakkan kekejangan betis
*Buat senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan
unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh
dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima
saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya
sebelum masuk tidur.
*Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian
tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua
belah kaki. Kemudian, ulang dengan membengkokkan tapak kaki ke atas
sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
*Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
*Elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
*Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
*Minum banyak air.
wassalam...
5 comments:
salam dear,
saya dulu makan Shaklee Ostemantrix, supplement calcium untuk elak cramp sebab tak suka minum susu..Alhamdulillah ok..maybe u boleh try dear
Berminat dengan supplemen dari shaklee? Nak dapatkan keahlian percuma dengan belian OmegaGuard? Promo disember sahaja =)
http://ainasuraya.blogspot.com/2013/12/kuruskan-badan-dengan-shaklee-omegaguard.html
Thanks!
Hi there! I suke bc blog mommies ni =) Seronok dpt share info among mommies.. Follow u, n jemput singgah my blog too, mostly blogging psl baby gaks, hehe :)
http://pwettypearl.blogspot.com
Dah lm x update. Bz ek?
online certificate courses in india
Admin placed a amazing blog we all like this
Hacking attacks on the wallet software with Binance.
Hacking errors are the most dangerous error faced by users ever. To deal with such errors, you need to protect your account from unwanted viruses and online attacks. All you can do is speak to the elite professionals if you suspect any doubt while working on Binance. Get in touch with the experts who are always there to assist you. Dial Binance Customer Service Number +1877-209-3306 which is all the time active and users can speak to the team anytime to avail the best results. Binance Customer Service Number +1877-209-3306
Post a Comment