marimari

Wednesday, March 28, 2012

alhamdulillah awal & scha





alahamdulillah
semakin hampir mereka untuk menamatkan zaman bujangnya
to awal and scha
semoga dipermudahkan

28 Mac – Pasangan selebriti terkenal, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya telah mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada satu sidang media yang diadakan di Flora Café, Jalan Ampang semalam. 

Selepas menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun enam bulan, akhirnya Awal dan kekasih hatinya mengambil keputusan untuk bernikah pada 4 Mei akan datang yang bakal diadakan di Pullman Putrajaya Lakeside pada jam 8.30 malam. Diikuti pula dengan majlis resepsi yang akan diadakan dua hari selepas itu iaitu 6 Mei di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada jam 8 malam dan dijangka dihadiri hampir 2,000 orang tetamu.

Menurut Awal, tarikh tersebut dipilih kerana kelapangan masa yang dimiliki oleh mereka berdua.  "Tidak ada sebab tertentu tarikh itu dipilih. Secara kebetulan pada tarikh tersebut, lokasi yang dipilih tidak ditempah."

Sementara itu aktres "Papadom" ini bersyukur kerana persiapan sudah pun siap lebih 70 peratus. "Alhamdulillah, persiapan kami kini sudah mencapai 70 peratus. Kami bersyukur kerana ramai yang membantu dalam persiapan majlis tersebut," jelasnya yang turut memberitahu mereka berdua telah menghadiri kursus kahwin pada penghujung Januari lalu.
Pasangan ini bakal menyarung busana rekaan Syaiful Baharin pada majlis mereka nanti. Mereka juga dikatakan bakal berbulan madu di dalam negara sahaja kerana kesibukan kerja masing-masing.

Turut hadir di sidang media tersebut adalah ahli keluarga kedua pasangan iaitu ibu bapa Awal, Haji Ashaari dan Hajjah Aishah Mohd Amin serta ibu bapa Scha, Syed Mahadzir Syed Kecik Al-Yahya dan Junainah Hashim dan juga opah Scha.

Sementara itu pasangan ini turut berkongsi bahawa satu majlis merisik telah pun diadakan pada 30 Mei tahun lalu iaitu pada hari jadi Scha yang ke-28. Pada majlis tersebut, Scha telah menerima sebentuk cincin tanda yang disarungkan oleh kakak Awal. Awal, 30, dan Scha mula berkenalan ketika sama-sama terlibat dalam program "Sehati Berdansa" dan selepas setahun digosipkan, akhirnya pasangan yang terkenal dengan gelaran nama 'Schawal' mendedahkan kepada umum bahawa mereka sedang bercinta.

Astro RIA bakal bertindak selaku penyiar rasmi untuk majlis perkahwinan tersebut. Paparan secara eksklusif yang merangkumi empat episod pra-perkahwinan akan disiarkan di Astro RIA. Manakala majlis persandingan mereka akan disiarkan secara langsung.

sumber : cinemaonline

No comments: