marimari

Tuesday, May 8, 2012

durian runtuh peneroka felda


Tahniah dan alhamdulillah syukur kepada Allah swt serta PM di atas limpahan rezeki yang diberikan kepada peneroka felda...

sumber berita dari mstar online :

RM15,000 Untuk Peneroka Felda

JERANTUT: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengumumkan durian runtuh bukan sahaja kepada peneroka malah untuk isteri dan anak peneroka serta warga kerja Felda.
Durian runtuh untuk peneroka adalah berjumlah RM1.689 bilion untuk diagihkan kepada 112,635 keluarga peneroka di seluruh negara sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Ketika mengumumkan berita baik itu di hadapan kira-kira 50,000 warga peneroka Felda di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, dekat sini, Najib berkata Felda kini telah memasuki satu transformasi baru setelah penyenaraian FGVH.

Beliau berkata pemberian durian runtuh itu akan dilakukan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama berjumlah RM5,000 untuk ketua keluarga, fasa kedua sebanyak RM5,000 untuk isteri peneroka dan fasa ketiga RM5,000 kepada generasi kedua Felda.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan bonus dua bulan setengah gaji kepada petugas dan pegawai Felda.

Turut hadir, isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.





to my brother, Wah!~ beshla dapat bonuskan...huhu

2 comments:

.:Yana:. said...

anak peneroka pun dapat jugak...hehehe..bukan PM yg bg tp ayahanda tercinta yg bg..hehehe....

iietamalek said...

wah!~ bestbest..tapi ank pun dapat juga nanti...