apeape pun masih belum terlambat nak wish tahniah to diana danielle kerana telah selamat mengikat tali pertunangan dengan Farid Kamil....
sumber : google
cantik sangat bajunyer..simple..
6 Sept - Pelakon jelita yang baru menginjak ke usia 21 tahun, Diana Danielle kelihatan berseri-seri tatkala menceritakan kisah pertunangan bersama pasangannya yang juga merupakan aktor terkenal tanah air, Farid Kamil.
Ikuti perkembangan Diana Danielle selepas bergelar tunangan orang!
Bagaimana rasanya setelah mengikat tali pertunangan bersama Farid Kamil?
Saya rasa sama.. Saya bukan berkahwin, cuma mengikat tali pertunangan dimana satu langkah kecil untuk mengenali hati budi masing-masing dan memberitahu bahawa saya sudah dimiliki. Selain daripada itu, pertunangan ini juga saya rasakan seperti merapatkan lagi hubungan silaturahim diantara dua buah keluarga. Selebihnya tiada apa yang berbeza.
Dia ada menghalang DD untuk hadkan perjalanan karier ?
Sebagai seorang tunang yang masih belum sah menjadi suami , saya rasa soalan itu macam tidak kena pula diajukan kepada saya. Buat masa ini, Farid langsung tidak pernah kacau dengan kerja saya ataupun menghadkan perjalanan karier seni saya. Kami kira professional dalam bab kerja. Saya pula tidak menghalang dia.
Mungkin ada pengalaman yang mahu diceritakan kepada peminat sepanjang majlis pertunangan itu berlangsung?
Saya tidak sangka Farid mengajak saya bertunang pada tarikh genap tiga tahun kami mula berkawan. Sebelum inipun, dia ada memberikan sebentuk cincin kepada saya cuma kali ini cincin itu dibawa ke kedai untuk dibetulkan kerana berliannya tertanggal kemudian dia memberikan cincin tersebut tanda pertunangan kami. Saya dapat rasakan bahawa dia akan memberikan cincin yang baru. Memang nampak baru pun cincin itu setelah dibaiki.
Berapa lama ambil masa untuk melakukan persiapan pertunangan ini?
Saya rasa tak sampai sebulan kot. Semuanya berlaku dengan pantas. Saya membuat persiapan pun rasanya seminggu sebelum Hari Raya.
Apa yang DD lihat di dalam pertunangan yang dimeterai ini?
Saya merasakan hubungan ini sudah menjadi lebih serius. Dimana saya dan Farid harus memperlengkapkan diri dengan ilmu agama sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Farid sememangnya lelaki yang baik, sebelum ini pun dia seringkali mengingatkan kepada saya jika hal berkaitan dengan agama ini.
Tidak rasa umur DD ini masih panjang dan masih banyak masa lagi sebelum memikirkan hal berkaitan perkahwinan?
Saya tidak pernah merasakan umur saya muda dan menyebabkan niat saya untuk kearah kebaikan terbantut. Saya tidak pernah memikirkan saya ini muda kerana sememangnya dari dahulu saya seringkali meletakkan diri ini sebaris seperti pemikiran orang dewasa. Lagipun saya memang dari dahulu macam ini, muda ke tua saya tidak reti menghabiskan masa bersama rakan pergi melepak dan sebagainya.
Mungkin selepas bertunang ini DD akan lebih terbuka di dalam bercerita kisah percintaan bersama Farid?
Oh tidak.. saya akan kekal dengan pendirian seperti dahulu. Biarlah orang fokus dengan apa yang saya lakukan seperti berlakon dan sebagainya. Kisah peribadi saya lebih suka simpan sendiri. Jika saya berkahwin nanti, insyaAllah saya akan war-warkan kepada semua pihak.
Berapa lama tempoh pertunangan diantara DD dan Farid?
Kami beri masa selama setahun untuk menyesuaikan diri dengan keadaan kerana pada saya pertunangan adalah tempoh cabaran sebenar sebelum memasuki ke alam perkahwinan.
Sudah memikirkan konsep untuk perkahwinan nanti?
Belum lagi, saya langsung tidak pernah memikirkan atau berbincang mengenai perkara itu bersama Farid. Kami ini seperti kawan, lebih selesa ikut masa daripada terlalu merancang, takut tidak jadi pula.
Terima kasih DD diatas masa yang diluangkan !
Sama-Sama!
sumber : yahoomail
No comments:
Post a Comment