marimari

Tuesday, April 17, 2012

cara mendapat hati yang tenang


Sebelum mengutuk orang cermin diri sendiri dulu..

Hati yang tenang :

  • memaafkan seseorang setiap kali sebelum tidur. Tidak kira sebesar mana sekalipun kesalahan atau dosa yang mereka lakukan kepada kita. Rasulullah juga sentiasa memaafkan musuh-musuhnya. Bahkan Allah juga mempunyai sifat pemaaf. Jadi kenapa kita tidak?
  •  Sentiasalah memohon doa kepada Allah swt dengan tujuan orang lain juga memaafkan segala kesalahan yang dilakukan oleh kita.
  • Amalkan membaca surah al-Insyirah. Dengan bacaan tersebut mampu memberi ketenangan hati apabila berasa tidak tenang dan susah hati.
  • Sentiasa mengawal lidah dari bercakap perkara-perkara yang tidak memberi faedah
  • Memelihara mata yang sangat besar fungsinya. Elakkan diri dari melihat keaiban orang lain. Seharusnya kita sedar yang kita juga memiliki banyak kekurangan. Tiada siapa yang memiliki kesempurnaan sepenuhnya melainkan Allah swt
  • Sesekali tidak salah jika mengenang dan mengingati kembali kebaikan yang pernah orang lakukan untuk kita. Jangan hanya mengingati kesalahan orang lain. 
sumber :Al-islam
samasamalah kita memaafkan orang lain.jangan hanya nak mengata sahaja
 

No comments: