pagi tadi sampai jer terus duk kat depan bilik bos, baca paper..pastue terbaca pula satu tips ni..Meh saya share ngan kawankawan..mana tahu boleh diguna pakai kan..
Tip pilih kasut, selipar atau sandal :
- ketika ingin membeli sandal atau selipar, kita perlu cuba memakainya dan berjalan beberapa kali untuk mencari keseimbangan badan serta kesesuaian dengan kaki. Ini bagi tujuan keselesaan.
- Harga antara faktor pemilihan kasut yang tepat. Banyak jenama terkemuka menawarkan harga mahal, namun serasi dengan kualitinya. Harga terlalu murah memungkinkan pemakaiannya tidak boleh bertahan lama. Oleh itu buat pilihan yang bijak.
- Pilih rekaan yang menepati citarasa dan lokasi yang hendak digayakan. Contohnya selipar ringkas dan tidak sarat untuk acara santai di tepi pantai.
- Pilih koleksi yang bersesuaian dengan pakaian yang akan dipakai
- Waktu paling sesuai memilih kasut atau sandal ialah waktu siang iaitu ketika kaki sedang mengembang. Waktu itu ialah saiz kaki kita sebenar. Elakkan mencuba dan memilih kasut pada waktu malam kerana bentuk kaki mengecut, sekali gus memungkinkan saiz tidak tepat
sumber : berita harian
No comments:
Post a Comment