marimari

Thursday, February 2, 2012

peduli ape org nak kate


salam ibuibu di luar sana..sebenarnya dah lama nak share tentang kaedah-kaedah yang korang ambil untuk mencegah kehamilan.ade macammacam kaedah.antaranya :

  • Pil pencegahan kehamilan (OCP)
  • IUCD
  • Implan
  • Suntikan
  • Topi serviks
  • Diafragma
  • kondom
  • megikat tiub
  • vasektomi
  • kaedah berkala
  • pengunduran
  • penyusuan
antara kaedahkaedah di atas yang mana satu korang ambil.aku rasa ramai juga yang buat perancangan sendiri.hehe.tapi aku sendiri tidak confident.cewah..so aku decide mmg nak guna IUCD.

before deliver zhariff doktor ade tanye pasal benda ni.tapi doktor lebih cadangkan guna kaedah IUCD tiada hormon katenye.tapi tak tahulahkan. After deliver zhariff, aku berpantang di kg.ade juga nurse tanye nak guna ape, kalau boleh kita dinasihatkan merancangkan kalau boleh 2tahunla.habis berpantang je aku ade wat checkup ng doc time aku deliver Dr. Sabri kat KPMC Puchong. Rahim semua ok, dr. Sabri suruh datang lagi seminggu untuk pasang IUCD. Pasangnye pun tak sampai 5 minit. before pasang tue memang cuak jugala,takut sakit ke,pendarahan ke.tapi alhamdulillah semua ok.mulemule agak tak selesa juga.aku pasa untuk tempoh 3 tahun.tapi kalau dalam 2 tahun nak cabut dah pun boleh.ikut masingmasingla. kos lebih kurang dalam RM212.00.

Macammacam pandangan negatif aku terima. ade yang perlekehkan cakap muda lagi, sayangla, blablabla..tapi ikut masingmasingla kan kalau pakai canggih mane pun, kalau Allah swt nak beri ade juga.aku tak kisah pun.janji sihat..Alhamdulillah dah nak dekat setahun pakai, takde masalh ape, cuma period agak lama la..kurangkurang ambil masa 15 hari.time heavy just 3 hari jer, yang lamanya dotdotdot..hehe..everymonth pun on time jer dtg.kalau awal atau lewat dalam 2 hari jer..

so ni ade beberapa info tentang kaedah IUCD :


  • IUCD adalah alat kecil (3cm panjang) yang diletakkan ke dalam rahim untuk meransang tindakbalas keradangan di dinding endometrium supaya penempelan embrio tidak berlaku.
  • Waktu paling sesuai memasukkan IUCD adalah sebaik sahaja haid berhenti, pada masa yang sama menggugurkan kandungan atau semasa pemeriksaan selepas bersalin ( 1 bulan selepas bersalin)
  • Terdapat 2 jenis IUCD :
(i) IUCD Kuprum
- ia mengandungi kuprum yang berfungsi menghalang sperma dari memasuki tiub
fallopio
- ianya berkesan selepas 3 tahun dimasukkan
- aliran haid akan menjadi banyak dan panjang selepas dimasukkan
- peratus kegagalan <1%

(ii) Progestogen IUCD
- ia mengandungi Levonorgestel (hormon seperti progesteron) yang menjadikan mukus
di serviks menebal untuk menghalang sperma untuk memasuki rahim
- ianya boleh bertahan selama 5 tahun selepas di masukkan
- kelebihan IUCD kuprum ialah, aliran haid tidak begitu banyak dan menyakitkan
- peratus kegagalan 0.1 %

nampak macam sakit jer nak pasang.tapi tidak okeyh..inilah die rupenye..oklah kawankawan selamat mencari kaedah yang sesuai untuk diri anda.

sehingga bertemu lagi di lain entry.daaaa...

No comments: