lately nie zhariff susah ssangat nak dapat tidur yang lena.tak tahu la kenapa.tiaptiap malam mesti 2,3 kali bangun sama ada nak susu atau tak dapat nak tidur dengan nyenyak.dan agak mengganggu juga tidur kami.demi anak tersayang layan kan jugala.tapi bile pergi kerja bagai nak ditongkat kelopak mata.hehe..
di sini ade beberapa tips yang aku ambil dari google :
1. pastikan anak memperoleh tidur yang mencukupi
- bayi memerlukan 14 hingga 15 jam untuk tidur pada setiap hari manakala kanakkanak memerlukan 12 hingga 14 jam setiap hari
2. tidurkan pada waktu bayi mengantuk
- sebaikbaiknya rutin tidur bayi anda patut bertahan selama 30 hingga 60 minit bagi setiap kali tidur
3. cahaya mentari sebagai loceng
- cahaya mentari memainkan peranan penting untuk membetulkan pola harian tidur si anak. Pendedahan anak kepada sinar matahari sebaik sahaja dia terjaga dari tidur boleh memberinya petanda semulajadi bahawa hari sudah siang.
4. Persekitaran tidur selesa
- periksa tempat tidur anak terlebih dahulu dan pastikan bilik tidurnya bebas daripada barangan yang bersepah sehingga mengganggu keselesaan untuk tidur.
5. Ajar anak cara tidurkan dirinya
- teruskan mendidik anak tentang kepentingan mempunyai rutin tidur yang menenangkan. Berikan juga tumpuan pada kesan berkaitan tidur yang mungkin mempengaruhi tidur anak anda. Galakkan anak belajar menenangkan diri sekiranya terjaga pada waktu tengah malam. Kirakira 1/3 daripada kanakkanak yang sudah bersekolah masih memerlukan bantuan ibubapa untuk kembali kepada tidur setelah terjaga.
6. Tetapkan rutin tidur
- waktu tidur untuk si kecil atau kanakkanak yang sudah memasuki alam persekolahan sepatutnya bermula antara pukul 6.30 petang hingga 7.30 malam. Namun dalam sesetengah kes istimewa seperti jika terdapat majlis khas, elakkan daripada membiarkan anak tidur lewat terlalu kerap. Ini bagi mengelakkan pola aktiviti harian mereka terjejas.
7. Jangan abaikan tidur petang
- apabila anak anda tidak lagi mengamalkan tabiat tidur petang, anda boleh menggalakkannya menggantikan tabiat tersebut dengan masa untuk bersantai. Dengan ini, masa santai itu bukan sahaja memanfaatkan si anak malahan anda berdua.
8. Makanan yang betul
- jika anda menghidangkan makanan berkarbohidrat kompleks bersama protein, anda sebenarnya memberi anak anda snek yang dibekalkan dengan 'kuasa' berpanjangan. Ini akan mengelakkannya daripada terjaga pada bilabila masa. Berbeza dengan makanan kaya protein atau gula, tenaga yang diperoleh daripada makananmakanan ini akan menyukarkan rutin tidurnya daripada berjalan lancar. Seperkara yang perlu diingati ialah perhatikan waktu pengambilan hidangan berat agar tidak terlalu dekat dengan waktu tidur.
9. Aktiviti fizikal penggalak tidur
- wujudkan peluang untuk anak anda melakukan aktiviti fizikal pada siang hari agar dia dapat tidur lena pada sebelah malam. Berikan peluang kepada bayi anda untuk melakukan sedikit senaman ringan di atas lantai misalnya merangkak.
10. Gangguan teknologi
- Gajet seperti komputer mahupun televisyen boleh mengganggu ketenteraman sebelum masuk tidur. Jadi, elakkan anak anda daripada terpengaruh dengan aktiviti gajet.
ade juga la aku boleh ikut daripada tipstips yang diberikan. so, kawankawan..kalau anda ade masalah yang sama boleh la ikut tips ini.
sehingga ketemu lagi di lain entry.
2 comments:
gud info lah mommy.
elin mmg skg tetapkan rutin tidur sarah, tp kkdg dia nak bermain jugak..pdhal mata tuh dah mengantuk sgt.
sampaikan takutkan sarah "sarahhh..monssteerrr!! biiggg eyeeee!.." terus buat2 rebah konon nak tidur..haaaaisss..
yerker..
zhariff taktaula nape, kerap sangatla bangun..kiter suruh tido die ttp nak ikut time kite tido..
Post a Comment