marimari

Tuesday, June 4, 2013

Ajari Anak Mengenal Allah SWT


salam pagi selasa.

tibatiba nak tanye ngan korang. ape pendapat korang kepada peniagapeniaga yang jual tepi jalan jual breakfast tu. bukan api tadi, masa aku tengah beli breakfast datang la lori DBKL, makcik yang jual tu dah cuak dah. orang punyerla ramai nak membeli. wajar tak pegawai DBKL tu saman time orang tgh membeli? memangla tanggungjawab diorang, dan makcik tu tiada lesen. tapi macam kesian die kan. tibatiba emo plak. hehe

oklah nak share artikel dari FB Excel Qhalif ni..



alhamdulillah zhariff boleh menyebut 'Allahuakbar', berselawat walaupun dalam bahasa die, tapi boleh memahamila juga. kita sebagai ibubapa kena selalu berborak, melayan bercakap dengan anakanak. itu yang memang selalu aku buat time lepas amik zhariff dari taska, tanye die buat ape kat school. before tido bagitahu tentang hari esok untuk ke sekolah. supaya die suka ke sekolah. cuma hari isnin jer die monday blues skit. kalah kan orang bekerja. hehe..

oklah yer, nak breakfast jap pastu nak attend kursus bomba.

wassalam..


2 comments:

Anum said...

amin

Kakzakie Purvit said...

1. Memang tak sampai hati iieta kesian kan. Kalau ye pun bagilah warning dulu kan...

2. Melentur anak memang kena dari kecil sebaik dia mula bercakap dah boleh diajar..