marimari

Monday, November 25, 2013

Kejang Betis Ketika Hamil


Korang pernah rasa kejang betis bagi ibu-ibu hamil ni. perghhh, sepanjang mengandung kali kedua ni, saya dah kena 4 kali tak silap. memang sakit, nak nagis pun hadooo...

so ini ade sikit info dari Pa & Ma..

Seringkali ibu hamil mengadu mengalami masalah kekejangan betis terutamanya pada waktu malam. Kesakitan yang dialami pasti mengganggu tidur si ibu hamil. Biasanya ia berlaku pada trimester kedua dan ketiga.
 
Masalah ini berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot dan membuatkan otot jadi kejang. Otot yang sering menjadi mangsa adalah otot betis. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan beberapa minit, tetapi tidak sampai merosakkan otot betis anda.
 
Antara punca berlaku kekejangan betis semasa hamil adalah:
 
*Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi mengambil apa yang diperlukan daripada simpanan badan ibu.
 
*Uterus (rahim) semakin membesar dan memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki dan kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki.
 
Apa perlu buat?
 
*Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
 
*Urut otot yang kejang itu.
 
*Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh bejalan seperti biasa.
 
Tip elakkan kekejangan betis
 
*Buat senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
 
*Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulang dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
 
*Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
*Elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
*Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
*Minum banyak air.

wassalam...

susunatur : storage box from Mydeal


dah lame tak update. asik cilok mencilok masa nak update, tapi tak menjadi.
now tengah sibuk buat preparation nak pindah rumah baru. alhamdulillah setelah sekian lama, dapat juga kami setelkan urusan pembelian rumah sendiri. mungkin rezeki baby kedua ni. tapi memang di akui, banyak nak kena guna duit kan?

bayar lawyer fee saja hampir 10k. sekarang tengah tunggu grill siap untuk dipasang. itupun satu rumah buat untuk security la katakan, pun hampir RM4,500 ribu. tak tahula design macam mana hubby pilih. awal bulan nanti nak setelkan pemsngan meter air pulak. duit lagi nak kena panggil plumber. then wiring, lampu, kipas semua bagai. huwaa.... nak nangis pun ade..korek duit tabung ape lagi.. tapi takpekan untuk rumah sendiri mulemule memang kena bersusah payah. 

memang digalakkan beli rumah di waktu awal usia. sebab, masa untuk bayar loan lama sikit. nanti biler dah berumur, masa nak bayar loan pendek, sebulan beriburibu plak nak kena bayar.

oklah dah merapu, sebenarnyer nak share organiser yang saya jumpa kat mydeal pagi tadi.

http://www.mydeal.com.my/deals/kuala-lumpur/xmas-santa-express-rotary-seasoning-storage-box-rm3190-delivery-wm-only


terase macam nak sambar je, nak kena bagitahu en.husband dulu.

oklah, nanti ade benda boleh di share daku share kan yer.

wassalam

Tuesday, October 22, 2013

zhariffizzatkhair brother to be


alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menaip di blog picisanku ini. agak lama sudah meninggalkannyer. since mengalami alahan yang teruk di awal kehamilan.

ye!~ alhamdulillah saya diberi rezeki hamil untuk anak yang kedua tanpa diduga. kenapa tanpa diduga? sebab saya sebenarnyer pakai alat mencegah kehamilan, iud. bile lewat saje datang haid dalam bulan 5 terus lajulaju cek, dan resultnya positive. gembira tak terkata. memang plan nak menambah ahli keluarga kecilku, tapi plan kononnya tahun 2014, tapi Allah swt lagi maha kuasa. kami diberi rezeki awal. alhamdulillah..

3 bulan pertama memang sangat mencabar. nak pula alahan di bulan puasa, dengan bleeding lagi. mesti ade yang tertanyatanya macam mana dengan iud saya tu kan? Alhamdulillah juga, iud tu boleh dibawa keluar. so selamat di situ. tapi ade bleeding hampir 3 minggu, sampai doktor kata potensi untuk keguguran tu ade. sedih juga bile dengar cmtu. so saya pun jagala pemakanan dengan mc hampir 3 minggu. tak boleh gerak banyak.

so now alhamdulillah bby membesar dengan sihatnyer. kandunganku juga dah masuk 6 bulan. baby sangat lah aktif. barubaru ni ade buat detail scan di KPMC Puchong, alhamdulillah semuanya baikbaik aja. bile nak tengok muke malumalu plak nak tunjuk. sampai kakikaki tutup muke. haila anak, sabar jela. nak surprisekan mommyla tu. baby kali ni, memang pemalu susah nak scan. hehe....

oklah yer kawankawan. nanti ade masa dan waktu kiter cerita lagi.

assalamulaikum...

Thursday, June 27, 2013

masih bernafas di atas bumiNya


salam ceria semua. alhamdulillah masih bernafas di atas bumi Nya. dengan keadaan cuaca yang kurang memberansangkan ini kan. ditambah pula dgn keadaan saya yang masih kurang enak kesihatannya. 

mulamula nak mohon maaf kepada kawankawan yang ade tinggalkan jejak di blog usang ni, kerana tak dapat nak membalas jejak kalian itu. inshaallah saya akan cuba membalasnya. ini pun dah dekat seminggu tak buka blog, since last update. saya pun dah jarang beronline. cuma aktif di INSTAGRAM jer. facebook pun jarang sekali nak tgk. dah macammacam dan merapu juga post yang ade kat wall tu. sapesape yang ade INSTAGRAM jom followfollow @iietamalek yer. ade juga beberapa kawan blog yang sy follow. jumpa kat INSTA jela kite ye. hehe..

oklah, alhamdulillah juga pagi ni, dibekalkan dengan nasi goreng  cooked my papaidham. terima kasih sayang kerana melayan isterimu ini. 



just nak share ngan kawankawan gambar zhariff masa field trip yang lepas ke Kilang Gardenia dan Sports Day (indoor) di taskanya. ini pun ambil di school web nya.









seronok zhariff dapat naik bus yer. tapi muke serius jer. cuak ke nak? hehe







ok semua, jumpa lagi yer.







Thursday, June 20, 2013

Parents & Teachers day


salam semua.

just nak share cerita perjumpaan ibubapa with zhariff nyer teacher last saturday. kitorang gerak dri ara, so masa dalam perjalanan zhariff dah tertido. bile sampai jer, terus die nangis. maybe die ingat nak g sekolah. bile principal die nampak jer, terus die cakap arini memang ramai yang nangis. gelakkan aku mendengarnye. terus g klas zhariff dan borakborak dengan teacher die. alhamdulilah, teacher cakap izzat gud boy, baik, tak nakal. yang tahan tu rupenyer suka jogejoget. lagu bangun pagi dielah yang paling kuat menyanyi. hehe. suka mommy...

oklah layankan gelagat zhariff kat sekolahnyer bile mood die dah ok.








oklah yer, nanti kalau mood berblog kembali lagi. kita jumpa lagi.

wassalam.

Thursday, June 13, 2013

jalanjalan iCity


cerita sudah basi baru nak share. share pun ala dar jer mood berblog ke laut sudah. haha

nak share cerita mas cuti sekolah lepas.kitorang family members ke Icity. punyala dah lama Icity dah buka, baru kali ni dapat pergi. memang excited jugalakan.tak tahu ade ape kat sana selain dari lampulampu yang orang duk cerita tu kan. hehe

kitorang pergi Jumaat malam. so after work balik ruah siapsiap kemasbarang terus kerumh maksu kat Ara. rupenyer kat umah maksu dah ademy auntie yang lain, cousins semua. lagila bertambah meriahkan. almaklumlah kami kalau bercuti memang uke ramairamai, happening.

jom layankan pic. nasib baik mase sampai tu orang tak ramai lagi hujan pun dah reda.





budak berdua ini yang paling excited nampak mainan





papa in action with all cousin



die pun sama nak main juga



setel main kat area ni, kitorang ke rumah salji pulak. ni atas permintaan my cousin harith yang sibuk nak g tempat ade salji. aku pun try jugala masuk baw zhariff n nak jaga budakbudak ni. tapi tak lama pun sebab kesejukan. aku dah keluar. budakbudak jela yang tinggal, excited main slide. jenuh juga kami tungu kat luar. sementaravtu sempat juga bawa zhariff naik train.





oklah yer kawankawan. setakat itu jer yang mampu dicoretkan.

jumpa lagi!


Wednesday, June 12, 2013

bersyukur


salam ceria di pagi rabu

berapa hari dah meninggalkan blog. maaf yer kawankawan.kesihatanku kurang memberansangkan. mood nak berblog pun merudum. tapi aku cuba untuk terjah blog kalian yer.

ni aku tinggalkan katakata yang aku ambil di FB untuk renungan bersama.



betulkan memang kita ni kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

wassalam.

Sunday, June 9, 2013

salam hujung minggu



salam hujung minggu semua.

alhamdulillah pagi ni turun hujan kan. sejuk je suasana pagi ini. korang buat ape? aku maybe duduk rehat kat rumah jer. kepenatan seharian tawaf sunway lagoon semalam  masih terasa lagi.

nampak pic kat atas tu. budak tecik yang bangun pagi lepas melesetleset dgn mommy terus ajak turun nak main ipad katanya.

korangkorang semalam  aku ada terbaca kat the star, PetPet Murah tau kat Aeon BIG RM 29.90. amacam? g la terjah. aku dh beli last week. tak berniat lagi nak tambah stok. hehhe..

oklah yer, tetiba teringin dessert pagipagi ni.

k bye!






Friday, June 7, 2013

6 jenis mata


salam ceria di pagi Jumaat. cepat sungguh masa ni berlalu. esok bercuti hujung minggu. next week mula meratap jalan jem pula.

dah dua hari semangat bawa bekal. hari ni sempat buat cucur bilis jer. ingat nak buat sos sendiri tapi tak berkesempatam garagara melepak dgn in laws balik pun dah lewat.

oklah, just nak share artikel yang aku ambil dr FB ni.



moga kita semua dijauhi dari 6 jenis mata seperti di atas.

wassalam

Thursday, June 6, 2013

menjadi bahan gelakan


semalam orang toyota call suruh kereta coz nk ganti n pasang balik security alarm yang kononnya hilang itu. terus call hubby minta tolong ambil dekat toyota coz aku malas nak tunggu. kena setting semua bagai, ambil masa sikit. hubby cakap tak dapat nak tolong coz die kena g senawang, kepala dah buntu.

terpaksa minta tolong member ofis, tapi kena naik motorla. terus aku cuak,tapi nak buat cmne, dah terpaksa kan takde pilihan. member sorang lagi plak halfdy pagi tak sempat katanya nak tolong. tak mengapalah. aku hi dahla tak pernah naik motor tengah bandar. adepun masa belajar kat Pineng dulu. itupun setakat pergi makan kat area umah sewa. punyerla aku jadi bahan gelak tawa dalam group admin kat whatsapp. cer korang tgk conversation kt bawah. itupun aku dh crop sikit. macammacam diorang ni.


dah setel hantar nak balik siap ambil pic dulu, siap upload masuk whatsapp. haha


fara kata senget benget aku pakai helmet. memang aku tak pandai pun.huwahuwa..nasib baik petang hubby leh hantarkan ke toyota. kalau tak jenuh pula nak menahan teksi. lastlast alarm tu termasuk ke dalam masa cuci enjin. sabor jela, macam mane leh jadi macam tu pun tak tahula...

oklah yer. kalau jadi malam ni nak ke putrajaya. harapharap jadila, coz plan last minute bertukar plak. hehe




Tanggungjawab dan setia


salam ceria di pagi khamis.

hari ni semangat bangun pagi prepare breakfast. buat nasi goreng je. hehe

pagipagi ni aku nak share katakata di bawah yang aku amik kat FB..

 

isteristeri di luar sana pun ingin benda yang sama kan. suami yang bertanggungjawab dan Setia....

apeape pun, alhamdulillah saya punyai suami yang sangat bertanggungjawab, setia, rajin, hehe.. mestilah nak puji suami sendiri kan..


sayang kamu till jannah




Wednesday, June 5, 2013

Uses of lemongrass


petangpetang ni nak share sedikit info berkenaan  dengan lemongrass...




jumpa lagi!

sayang mereka!


salam pagi rabu semua.

agak kelewatan gerak ke ofis hari ini. nasib baiklah sempat beli breakfast n thumb in. hehe. biasala nak jaga kehadiran ke ofis kan.

oklah takde ape nak disembangkan. just nak share katakata di bawah...







betulkan katakata itu. aku amik dekat FB saya cintakan Allah  tak silap. malam tadi baru jer ade family dinner with family members. mak ngan ayah pun dah balik kampung malam tadi. next week ketemu lagi..







kaklang sayang mak dan ayah selamanya

sorang lagi orang yang aku sayang dan anggap macam mak juga adalah my auntie su yang aku selalu pergi dekat ara tu. kenapa aku anggap macam mak, bukan kerana die kaya, bukan nak mengimpit sebab die kaya. tapi sebab die lah yang membakar semangat aku semasa aku down dulu before kahwen..pengorbanan, pertolongan nya memang tak terbalas.adalah cara  aku sendiri macam mana nak membalasnya. thank you su n uncle. siapa yang kenal aku or rapat saja yang tahu disebaliknya.

oklah dah melalut plak. nak breakfast sat.

wassalam.




Tuesday, June 4, 2013

Jalanjalan IKEA


before aku delet gambargabar ini, meh aku nak share cerita jalanjalan IKEA kami. tak ingat dah beli last two weeks maybe. tujuan asal nak mencari rak baju zhariff. befoore sampai ikea, kitorang g fetch my sis dulu kat ara.



sampai jer orang dah start ramai. bile lah agaknye IKEA ni tak ramai orang yer. nasib baik sampai awal. takdelah berasak sangat.


 

setel cari barang terus g makan kat IKANO. lepak uncle lim jer. malas nak g jauhjauh. hahah..nak makan meetball nak beatur punyer la ramai orang. tak rajin nyer lah nak beratur panjangpanjang.



muka ada senyum juga 


 sibuk nak kacau moksunyer makan


papanyer pun sibuk swbenarnywr kacau moksunyer.haha



 
 bahagianya die makan aiskrim





 chumell plak tgk hubbyku amik gambar cmni.


oklah yer, nanti kita ceritacerita lagi.

bye!





Ajari Anak Mengenal Allah SWT


salam pagi selasa.

tibatiba nak tanye ngan korang. ape pendapat korang kepada peniagapeniaga yang jual tepi jalan jual breakfast tu. bukan api tadi, masa aku tengah beli breakfast datang la lori DBKL, makcik yang jual tu dah cuak dah. orang punyerla ramai nak membeli. wajar tak pegawai DBKL tu saman time orang tgh membeli? memangla tanggungjawab diorang, dan makcik tu tiada lesen. tapi macam kesian die kan. tibatiba emo plak. hehe

oklah nak share artikel dari FB Excel Qhalif ni..



alhamdulillah zhariff boleh menyebut 'Allahuakbar', berselawat walaupun dalam bahasa die, tapi boleh memahamila juga. kita sebagai ibubapa kena selalu berborak, melayan bercakap dengan anakanak. itu yang memang selalu aku buat time lepas amik zhariff dari taska, tanye die buat ape kat school. before tido bagitahu tentang hari esok untuk ke sekolah. supaya die suka ke sekolah. cuma hari isnin jer die monday blues skit. kalah kan orang bekerja. hehe..

oklah yer, nak breakfast jap pastu nak attend kursus bomba.

wassalam..


Monday, June 3, 2013

PetPet murah





nak hupdate sikit. cer tengok pic kat atas. dari last week hubby suruh g Tesco. disebabkan aku ni pelupe semu bagai. tengahari tadi time lunch hour, sempt dting dgn hubby as usua hari isnin ke Tesco beli barang rumah sikit. senang sikit tanpa si kecik. senang nk bergerak dan memilih barang kan. tujuan asal nak beli Pampers PetPet yang murah itu.


sape sape yang nak tambah stok g la cepat ke Tesco. huhu

anugerahkanlah


monday yang sangatla blues....kemalasan untuk bekerja.

just nak share katakata di bawah ini untk renungan bersama.


wassalam

Sunday, June 2, 2013

jalanjalan Temerloh


salam hujung minggu semua ape plan?(soalan biasa di kala cuti) haha..

aku pun no idea, masih teasa keletihan jalanjalan iCity malam jumaat lepas. malam ni ade wedding plk kat Shah Alam. esok kerja...hukhukhuk.

oklah nak share cerita jalanjalan kenduri kahwin last week kat Temerloh tu. nak share gambar jer. huwahuwahuwa.

sampai jer kat rumah pengantin, sementara menunggu nak berkumpul untuk berarak, sempat lagi bergambar. layankan jela.


pelik sungguh jarijemari ku itu

 cinta hati


family kecilku





with my cool father
sayang die selamanya

bile dah berkumpul semua, start lah berarak. bersanding bergambar semua dulu. barulah masingmasing berangkat ke padang berdekatan dengan rumah pengantin. khemah untuk bersantap buat kat padang, coz kawasan rumah kecil.


 inilah pengantinnya, yang lelaki itulah jiranku aka kawan sekolah dari kecik. selamat pengantin baru Nazrul dan isteri. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. dah selesai semua, gerak balik, sempat singgah beli ikan patin sungai. banyak juga orang meniaga sepanjang sungai pahang...







 
masa tengah beli ikan patin ni, dah terbayang masaklemak tempoyak.goreng begitu saja pun sedap makan dgn singgang. perggghhh terbaik okeyh. sekilo rm 14.00 saja. murahkan. kat kedai ni siap jual daun kesom sekali untuk masak lemak tempoyak. selesai membeli yerus gerak balik dengan eadaan masingmasing dalam kereta ketiduran keletihan. hehe...

oklah, nanti kite sambung cerita lain plak.

wassalam










Friday, May 31, 2013

bila budak ini dah start buat sepah



nampak tak ape sudah jadi. dah macam kapal karan pecah dah ha. masa ni baru balik dari kursus. duk melayan zhariff main main. pastu die main sendiri, aku pun main candy crush jap. sekali toleh belakang tengok ini sudah jadi. mencari die, dah takde. rupenyer dah lari naik atas ikut papanya mandi. sabar jela. semua buku dibukanya. semua mainan dikeluarkannya. haila anak.

inilah budaknye. tuah mommypapa tu...



oklah yer..

wassalam

sabaritu memang pahit


salam ceria di pagi jumaat semua. ceriaceria selalu coz esok cuti kan. hehe

suka sangat sampai ofis awal, bermulala rutin harian bekerja semula after berkursus di luar selama 3 hari.

dokumen pun dah bersusun je atas meja ni untk diselesaikan. biasala tu kan. oklah yer perut ni dah bekeroncong nak breakfast dulu. ade bawa sedikit bekalan dari rumah.

ku tinggalkan katakata di bawah untuk renungan bersama ye...




wassalam...

Thursday, May 30, 2013

katakata dari TMJ


salam ceria di hari khamis. kenape ceria, coz arini last day kursus kat Midvalley ni. dah rindu workstation kat ofis tu. hehe..

pagi datang with kawan yang tinggal area dengan rumah aku. so ade la kawan, nak bersembang dalam kereta.hehe...now tengah lepak kat kopitiam ngan member.

pagipagi tadi sebelum keluar, sempat check whatsapp, my freind ade share something dalam group admin. inilah die.



sangat setuju dengan katakata dari DYAM Tunku Ismail ni. sangat tepat sekali ape yang dikatakan. orang yang tak senang dengan kita ni, akan nampak negatif saja. sedangkan pada hakikatnya, die tak tahu asal usul atau keadaan sebenarnya. main sedap nak mengata orang jer.

pernah berlaku pada diri aku, atau sedang dikata wallahualamlakan..yang penting orang yang rapat or orang yang mengenali diriku ini yang tahu tentang kehidupan ku. kalau setakat dengan mata, baca apa yang ditulis, dicatat baik tak payah nak mengata. kalau nak mengata, kenala duduk dalam kehidupan orang tu. baru tahu keadaan sebenarnya.

oklah dah melalut, malas nak berkonflik dalam blog ku ini. biarkan ia berlalu. yang penting aku and family bahagia dengan apa yang ada sekarang.

alhamdulillah..

wassalam