marimari

Monday, October 22, 2012

.konvokesyen .




ermmm, ni entry autopublish sahaja. rasa macam malas kan nk keje hari ni. Black monday la orang kate, setelah bercuti walaupun 2 hari itu kejap. tapi amat bermakan bagi akula. ade 3 hari bekerja untuk  menghabiskan kerjakerja dan dokumendokumen sebelum bercuti Hari Raya Haji.


oklah nak cerita pasal konvokesyen adik ipar di UM last saturday. sebenarnyer die baru habis belajar sebagai nurse di PPUM, so konvokesyen nyer mestilah buat dekat UM kan. Dalam pukul 8 pagi macam tu dah sms SIL bagitahu pukul berape habisnyer nanti dan siapa jer yang pergi. bile die cakap tak tahu lagi, so takperla aku n hubby pun bersantai dulu kat rumah, lagipun duduk ara, tak jauh sangatlah nak pergi UM nyer.

Dalam pukul 11 camtu SIL dah sms, bagitahu dah selesai, kebetulan juga kitorang dah siapsiap tinggal nak gerak jer. so sampai sana dalam pukul 11 lebih camtu, terus cari diorang. nak beli bunga or present pun tak sempat. Bungabunga yang jual kat situ pun kehabisan. mana taknyer, dah tahu konvokesyen kenala ade kedai bunga banyak, ini satu kedai jer..mmglah kan..


so lepaklepak, tunggu SIL bergambar dengan kawankawannya, hubby lepak dengan abahnyer, aku plak duk layan zhariff dengan MIL dan pokminnyer. dengan panasnyer, zhariff dan start drama queen nyer sebab ngantuk. terpaksa la cepatcepat ambil gambar. sempat juga kami satu family bergambar kenangan tapi dengan kamera kawan SIL. yang aku sempat ambil ini sahaja. layankan la.


with mom in law






bile dah tengahari, sudah kelaparan. PIL ajak ke rumah sewa SIL, tengok dari luar je, sebab dah kelaparan. punyerlah tercaricari nak makan ape, lastlast kami ke Sg. Besi saja, makan Sup Meletop. senang nak gerak balik ke Putrajaya bak kata hubby. Nasib baik ade kawan SIL boleh tolong drivekan bawa diorang.

Selesai isi tangki minyak, hehe. terus gerak ke Putrajaya rumah SIL. duk lepak sana makan laksa Kelantan terbaik MIL buat. Zhariff mmg suka sangat makan. Dah petang aku n hubby minta diri dulula, coz nak kena singgah rumah kejap ambil dan kemas barangbarang untuk balik raya haji nanti. Senang bile dah packing. Almaklumla sekarang kena stay kat ara, takut nanti ade jer barang yang tinggal. Kena la bawa baju banyak sikit, sekarang musim tengkujuh, takut baju yang dicuci tak kering plak. so kena la sediakan payung sebelum hujan kan. hehe..


disebabkan dah seronok naik scrambler ni.
terus menangis bile mummypapa ajak balik

Oklah kawankawan, nanti sambung ceritacerita lagi yer. 

xoxo
.ieta.
terima kasih kerana sudi membaca entry ini