selamat berhujung minggu semua
aku baru pulang jer dari membeli belah barang dapur. disebabkan nak cari barang basah, so aku n hubby decide nak g pasar tani kat stadium Shah Alam tu, lagipun tak pernah pergi ke sana, nasib baik senang dpt parking. dekat sikitlah nak berjalan masuknyer. dahla besar pasarnyer, mmg segala macam ade kat situ, cakap jerlah nak ape kan. bile time nak balik tu, ternampak la pulak ayam serama, teruslah zhariff buat drama queen nyer tak nak balik. puas juga pujuk. kebetulan mmg nak ke Taman Tun nak beli ikan kecikkecik untuk makanan arowana di rumah su. sian arowana dah berapa hari tak makan. Nasib baik jumpe kedainyer.
sementara papa g beli ikan nyer, zhariff duk semangat nak turun, nak g tgk burungburung, ikan, kucing..segala macam bunyi dah zhariff buat..die kan pencinta binatang. hehe. bile dalam kereta gini la jadinyer. duk sinuk nak main ikan, sampaikan mummy kena duduk belakang.
selesai beli makanan ikan, singgah jayagrocer pula, beli barang kering. suke g sini sebab macammacam barang ade, barang yang tak pernah jumpe pun ade kat sini. tapi harga agak mahal sikitla. sampai jer rumah bagi zhariff makan, terus tidurkan die.
Oklah yer, nanti ade masa sikit saya share pasal konvo adik ipar semalam.
pic of the day...
.
.
.
.
.
xoxo
.ieta.
terima kasih kerana sudi membaca entry ini
1 comment:
oooo si budak ensem ni pencinta binatang yer... baguslah.. penyayang :-)
Post a Comment