marimari

Friday, November 30, 2012

CK Slouch Bag


aku ni takpernah lagi beli handbag melalui online ni. selalu la juga jengukjenguk blog yang jual original branded handbg from US? mmg murahla kalau nak dibandingkan beli di butik kat Malaysia ni kan. 

ade satu hari tu aku blogwalking l blogblog yang jual beg beg ni kan
tetiba termasuk blog http://www.shoppingheavendotnet.blogspot.com ni
terus terbekenan hobo slouch bag ni, and terus bagitahu,
hubby kate ok. senang berurusn dengan owner blog ni.

iniah beg yang kukatekan itu


beg ni menjadi beg harian aku dah sekarang
mmg best sgt pakai, tengoklah materialnyer..
so, kalau korang nak tgk beg, perfume ke boleh la terjah
blog http://www.shoppingheavendotnet.blogspot.com

happy shopping all
*abaikan jam chumellku sudah abis batt..hehe*
*autopublish*

xoxo
.ieta.

MAHA 2012


salam jumaat semua,
lunch break ni g tejah mall mane?
hehe
aku harini macam malas nak kuar
tengok cuaca kat luar ni pun mendung sudah
so, duduk ofis jer..


dah fikir ke ape plan untuk hujung minggu ni?
MAHA pun nak habiskan kan 2hb ni.
so korang dah terjah ker?


sejujurnyer aku tak pernah pergi MAHA ni,
cume pernah pergi Hari Peladang jer.
so tahun ni, macam nak pergi jer bawa zhariff, lagipun banyak binatang ternakan kan? mesti zhariff happy n enjoy. tapi tula mesti kena keluar awal pagi. tengoklah macam mane,  harapharap menjadilah nak pergi MAHA ni.
pastue kononnyer, malam ni pulak nak g funfair kat MAHA tula dengan jiran.
tengoklah juga, kalau tak hujan in shaa Allah pergi.

siapa yag pernah g maila shareshare pengalaman

huhu

xoxo
.ieta.
terima kasih kerana sudi membacaentry ini

SALE LAGI 2012


saje je nak share
mane tahu nak terjah kan
huhu







cepatcepat kumpul emas



happy shopping!

xoxo
.ieta.
terima kasih kerana sudi membaca entry ini

quote of the day #6







xoxo
.ieta.

Thursday, November 29, 2012

SALE 2012


jom perabih kan duit
bagi yang banyak duit lagila
hehe





xoxo
.ieta.

tahniah harimau malaya


salam khamis semua, harini agak kesiangan dan kelewatan aku sampai ofis. nama jer cuti sekolah tapi jalan jem tak tahu nak gambarkan macam mane. garagara malam tadi tidur lewat. mana taknya, semalam turn aku fetch zhariff kat ara, dengan hujan lebatnyer..sampai jer zhariff tengah tido pulak. so aku lepak jerla dulu kan, borakborak dengan su n gradma. mmg plan after maghrib gerakla, coz SIL pun nak dtg hantar adiknyer ade interview arini. 

tetibe jer maksu ajak dinner kat Alexis Bangsar, mulemule mmg taknak join la coz kesian kat hubby, plus my SIL pun nak dtgkan.. tapi su ajak juga,so sms hubby, and he said okla. dalam pukul 8 lebih gerak, skali jalan jem giler, teus tukar plan n dinner kat Delicious OU jer..hehe..terpanah hatiku nak makan meringue yummy Alexis..hahah

zhariff mmg enjoy gilerlakan biler dapat berjalan. satu pic pun aku tak ambil coz phone ketinggalan kat rumah..haha. then siap makan, gerak balik dari rumah su pun dah pukul 10.30, so terpaksa rushing sikit, coz SIL tunggu nk tengok zhariff yang tercedera itu. kebetulan bola pun belum habis lagikan masa tu. elok aku sampai jer bola habis..dahla game nye agak bestkan..apeapepun congrates tu pasukan Malaysia..tapi jangan rasa agak selesa yer..ade game lagi sabtu ni.


sambung dari cerita tadi, gedebakgedebuk kul 12lebih jugala aku tidur..mmg kesiangan habis. nasib baik bendera merah berkibar..hehe..

oklah nanti cerita lagi nak g melawat kawan ofis tak sihat di Pusrawi.

bye!

xoxo
.ieta.
terima kasih kerana membaca entry ini

quote of the day #5





xoxo
.ieta.

Wednesday, November 28, 2012

curi customer orang


dalam entry sebelum sya de ckp nak cerita pasal bisnes kn?hehe..mcm kencang jer bunyi nyerkan..semalam saje tengok komen entry lamelame, terbca satu komen ni. kate aku ambil customer orang.

asalnyer aku ni selalu duk tengoktengok catalog tupperware kat kawan ofis ni. sekali tu nak beli sikit eco botol, ade member tu pulak nk beli bekas beras. so kakak tu cadangkan masuk jadi ahli. yang aku ni plak macam malas jer nk masuk, coz bukan nak beli sangat pun. bile dah borakbork termakan juga.

bulan 6 cmtula, aku baru start jinakjinakkan diri dengan bisnes tupperware ni. tapi bukan la kencang sangat pun. tak de le sampai nak rebut jadi director ke hape..cume just tolong kawankawan nak beli jer barangbarang yang offer kan.

disebabkan dalam bulan julai, ogos,  september mmg aku banyak beli so overridingla. Alhamdulillah, tibatiba dapat cek dari tupperware, takla banyak mane. tapi lepasla beli susu zhariff kan..lepastu ade la cikpuan anon mane ntah komen kate aku stealing customer orang. aku macam heranla. bile plak aku curi customer orang. aku tak pernah paksa orng beli ngan aku pun dan hasuthasut suruh jgn beli dgn org lain. ade orang order alhamdulillah, takde takpela. betul tak? 

setahu ku, dalam dunia berbisnes ni takde sape nk curi customer orang. cume kite kena pandai jer tarik customer. kan dah merapu ni.huhu.. yang menjadi tande tayer siapakan cik anon tu yer. tak ramai pun customer ku ni.hehe

oklah nak selitkan juga catalog tupperware terkini. kalau de yang berminat bagitahu yer. makin lama makin cantik tupperware ni. sila tgk entry selepas ini.


xoxo
.ieta.
*autopublish*
terima kasih kerana sudi membaca entry ini

dalam carrefour pun jadi


salam rabu, banyak benda nak settle hari ini. just nak cerita kisah zhariff si peminat tegar binatang ni.hehe..

malam selasa lepas, sempat ke carrefour Alamanda, garagara terbaca kat Metro paper susu murah, tapi 1day jer. teus call hubby, and hubby ckp ok kite g. after maghrib camtu gerak, fetch jiran dulu coz die pun nak join. ramai jugala orang, barangbarang pun banyak juga yang murah. ruperupenye carrefour ni dah tukar management yer, AEON dah beli.malu jer aku baru tahukan..hehehe..

so pusingpusing dalam tu, normally mmg hubby yang akan cari barang. aku jadi tukang tolak troli saja. coz pernah aku pilihpilih, lastlast hubby ambil brand lainla. so end up, aku dah malas nak jadi tukang pilih. heheh...bawa zhariff pusing kat bahagian ikan, terus tak mau g tempat lain. aiyaaaaa, ingatkan nak bagi die happy tgk ikan, atlast tak boleh balik pula, nak duk tgk ikan jerla..layankan pic ni..


teruja sungguh tengok fish



terpaksa cakap zhariff, jom g min ketek onyekonyek kat luar, terus die diam.hehe..dah cakap kena la tunaikan kan..bile nak balik lalu depan baskin robbin, terus die tunjuk, mi.mi..atim mi, nak atim mi..mcm pelik juga, mcm mane die tahu BR tu aiskrim. padahal dari tepi xnmpak pun gambar ke aiskrim nye ke.zhariffzhariff..

tak sempat nak isi tangki kat almanda, kami singgah kat mamak depan rumah jer. g fetch hubby n anak jiran dulu sebelum sapedek..hehe..

oklah yer, ni entri autopublish. nnti nak share cerita bisnes plk, coz tetibe terbaca balik komen lama dari cik/puan anon pagi smlm...

sebagai selingan, layankan



bye!

xoxo
.ieta.
terima kasih kerana sudi membaca entry ini

Tuesday, November 27, 2012

tips memilih cendawan segar


petangpetang camni, dengan cuaca gelap nak hujan pekena kopi sedap kan?hehe


nak share tips pilih cendawan yer kawankawan. aku share instagram Yasmin Hani


oklah, guna la tips di atas yer.

xoxo
.ieta.
terima kasih kerana sudi membaca enty ini

tazkirah pagi #11


mulakan hari anda dengan






xoxo
.ieta.
terima kasih kerana sudi membaca entry ini

Monday, November 26, 2012

kemalasan!


salam isnin semua,


arini agak kemalasan untuk bekerja.
aura kampung masih ade la katekan.
huhu
lagilagi duk teringatkan durian sedap belakang rumah


semalam sempat teman kan hubby ke pekan bahau, g gunting rambut jer. angkut jugala si kecik n my sissy, saje nyibuk memeriahkan suasana. hehe. hubby sibuk duk tengah menggunting, kami sibuk duk ambil gambar.


sheshopong tengok papanyer


sejuk hati mummy tengok zhariff tersenyum riang
alhamdulillah...

rehat tadi sempat agihagihkan order kerepek
kawankawan ofis
ni balance yang masih belum ambil.
penuh lah boot kereta ku
hehe
alhamdulillah dapatlah topuptopup susu zhariff kan


oklah,
aku tinggalkan ayatayat di bawah ini
coz nak sambung buat kerja


xoxo
.ieta.
terima kasih kerana sudi membaca entri ini


Saturday, November 24, 2012

morning!



zhariff di hari ke4


alhamdulillah
baru je sampai kampung halamanku tercinta.
atuk, nenek, pakngah n mokcu nak tgk org tercedera
huhu


alhamdulillah juga
luka zhariff di hari ke 4, beransur kering.
mungkin sebab aku sapu aloevera gel kot
tadi pun mase buka balutan zhariff pun, nampak dah beransur kering



kebetulan tadi balik kerje, singgah umah jiran coz nak hantar tupper
terus tanyer ade tak pokok aloevera


mmg rezeki zhariff, ade pulak tu
terus ambil 2,3 nak sapu kat luka zhariff
mudah mudahan cepatlah sembuhnya...

inilah keadaan zhariff di hari ke4

 kawankawan,

doakan mak ku pula cpt sembuh yer
sampai jer tadi, ayah bagitahu mak kena air panas
terus aku bagi cream zhariff


mudahmudahan cepatlah keringnyer.
cucu dengan nenek senasib
hehe

oklah, nak tido sudah

assalammualaikum

xoxo
.ieta.
terima kasih kerana sudi membaca entry ini



Thursday, November 22, 2012

zhariff in treatment room


salam khamis semua, baru berkesempatan buka blog. nak update sikit cerita zhariff hari ini di hari ke3 sakit. Alhamdulillah zhariff semakin pulih. cuma time tido jer merengek sikit, kurang selesa agaknyer. 

hari ini aku halfday pagi, coz nak hantar zhariff follow up buka balutannye. hubby pulak kerja senawang, selepas subuh dah gerak. dalam 9 lebih pulak aku gerak ke rumah su, coz nak kena bawa kaknisa untuk teman. kalau dekat Ara Damansara tu, aku suke g klinik Mediveron, pastu dapat pula doktor Patrick, sangat baik. cuma klinik ni lambat sikitla servis nyer. Menunggu lebih kurang dalam 15 minitla.


disebabkan zhariff nak buka balutan so masuk Treatment Room je. bile nurse panggil jer teru letakkan zhariff atas katil. diam jer zhariff, sangat behave. tak takut langsung.hehe..layankan gambar zhariff masa kat Treatment Room tu.


tengok jer nurse tu keluarkan barangbarangnyer

inila tempatempat melecur yang zhariff kena
after dah buka
dan aku pun baru hari ni tengok
last 2 days tak tahu lagi mcm mana keadaannya
.
.
.


kat bahagian tapak tangan n jari ade sikit
tapak tangan kena hujung sikit, 
nmpak mcm banyak sebab kulit tu kembang
sapu cream


ni pula nampak agar teruk sikitla
kat bahagian betis dan peha
biler tengok ni yang mcm nak berair biji mata dah


tunggu time nak cucimencuci
siap bersandar tak menahan


baik jer, tengok jer nurse tu cuci mencuci

setel jer cuci, kaki zhariff kena balut semula, tangan jer jer tak balut. so esok mummy kena buka balutan tu dan cuci sendiri.wah! boleh kah aku. sangat takut n tak sanggup nak tgk sebenarnyer. selesai semuanya, buat payment, balik rumah su. dlm kul 1 aku grk ke ofis. bawa zhariff sekali coz, hubby dah ade dekat KL. dalam 2 lebih, hubby dh abis keje n akan ambil zhariff kat ofis aku jer.

bile hubby datang aku pun hantar la zhariff kat papanya, ingatkan kot die taknak, tapi bahagia rupenye papanye datang. mesti die ingat papa nak bawa die g jlnjln. ruperupenyer betul, hubby msg, die g Giant Kinrara jap bawa zhariff main indoor playland kat situ. mmg bahagiala kan, siap shopping sakan mainan, salah satu kambing. cer korng tgk gambar kat bawah ni.. lawak sungguh, siap naik kambing dlm troley lagi. hahah..



okla, nanti cerita lagi. nak tido sudah.

bye!~

xoxo
.ieta.
terima kasih kerana sudi membaca entry ini

Wednesday, November 21, 2012

ww:wordless wednesday






xoxo
.ieta.
terima kasih kerana sudi membaca entry ini

Tuesday, November 20, 2012

Ya Allah anakku! Minor Injury


Allah swt sentiasa menguji setiap hambanya. aku redha menerima nye. 1st time zhariff sakit teruk mcm ni. 

Nak dijadikan cerita, tengahari tadi time lunch, aku keluar ke Tupperware nak beli barang, sekali stock habis. teus ke Desa Pandan beli nasi. mase tgh beli tu dah bunyi phone, tak sempat nak angkat.aku bayar dulu.pstue tgk blk phone sekali kaknisa. mesti pasal zhariff punyer. terus kol, dengar kaknisa nangis, zhariff meraung. satu hape aku tak faham. terus tepikir jatuh ker, berdarah semua bagai. masuk kereta kol blk, kakak ckp kena iron. teus kol hubby, nasib baik hubby dekat Shah Alam, dekat nak ke Ara Damansara. terus suruh hubby g tgk, bawa terus klinik. kalau hubby keje jauh, mmg terpaksa minta tolong cuzzy. coz maksu takde ke PD. kat rumah just tinggal kakdar, kaknisa dengan grandma jer.

dari desa pandan terus dengan pantas tak pikir dah bawa laju ke, AES camera ker. terus berdesup jer masuk MEX highway. dalam kepala ni hanya Allah swt yang tahu aku duk pikir macam2. lastlast aku terlajak simpang. terusla aku bawa kereta n exit Putrajaya. dahlah jauh, aku rase macam nak terbang jer dah mase tu. aku masuk Cyberjaya, then masuk ELITE highway. nak, dekat sejam baru smpi. mmg aku tak nafikan pedal minyak tu aku tekan sampai 140/j..siap sediala kalau kena saman pun.
mase ondaway dah kol hubby, hubby kate jgn risau, zhariff ok. aku smpai jer rumah maksu, zhariff dah tido dengan keadaan tangan dan kaki berbalut. cube la tgk keadaan zhariff. hati ibu mane tak runtun..huwaaaaaa......


lepak kejap dengar cerita kakak. memang kakak tengah iron baju. zhariff minta buah limau. kakak dah kupaskan kulitnyer, zhariff sendiri bangun buangkan kulitnyer dlm tong sampah. sambil tu grandma nak makan. so kakak bangun ambilkan pinggan, mase tu zhariff ade kat tepi kakak jer tgh buang sampah. elok kakak tutup jer kabinet, dgr zhariff menangis. terus kakak dukung die. die sapu tangan die kat dadanyer smibl cakap atit, atit. kakak tgk xder pape. kakak pun masukkan zhariff dalam buai, kakdar perasan ade kulit terkopek macam melecur. terus kol aku, bagitahu zhariff kena iron. puncanyer mungkin die angkat iron coz atas iron board ade limau. agaknye die nak iron limau tu. aku datang keadaan nyer masih macam ni lagi.


lagi 2hari baru leh buka balutannyer itu. kena g follow up balik. kawankawan doakan anak ku cepat sembuhnyer. sayu hati tengok die macam ni. apelah perasaan ibuibu dilur sana yang anak mereka sakit lagi teuk macam zhariff ni kan.

oklah yer.

bye.

xoxo
.ieta.
terima kasih kerana sudi membaca entry ini