saya masih bersiaran dari kampung halaman. almaklumlah, kalau cuti berselangseli ni mmg ramaila ambil cuti kan. termasukla saya, tapi saya n hubby just ambil cuti hari ni saja. esok petang dah pulang ke KL. malas nak ambil cuti direct, memandangkan kerja yang berlambak, nak nak hujung tahun kan. banyakla payment yang nak kene settlekan.
Alhamdulillah semalam sempat surprised kan hubby, just beli kek red velvet. kebetulan masa balik dari beli kek, hubby kat dapur tengah buat kuah rojak. semangat nak makan dengan magga dan betik muda. bak kate hubby kalau kat utara panggil rojak Mak Bie kan? ni di masak sendiri olehnya dipanggil kuah rojak Mak C..hahah..gelak tak keruan my mom. ade jer lawaknyer...
hari ni dari pagi mengemas rumah, kemas setiap bilik. coz, semua adikadik mak nak datang lepak kampung (aka umah kakak sulungnyer). so dari semalam juga, mak dah mengarang lauk lauk yang nak dimasak. lagipun my aunties semua tido n lepak sini satu malam. mmg meriah giler la rumah ni kejap lagi.. hehe..
niat asal, kononnyer pagi tadi nak ke Kuala Pilah, kalau dah balik negeri sembilan ni, mmg tak sah la kan kalau tak pergi kedai emas kuala pilah tu. saje tengoktengok emas. Lagipun tujuan nak ke sana konon nyer, nak pi ushar harga kalau nak tempah loket. punca nak tempah loket ni, masa balik kampung hubby barubaru ni, my mom in law ade beri satu batu ni, batu Topaz namanya. mmg saya suke, coz besar sikit. before ni saya ade loket, my mom tempah dari batu serai, tapi saya dah bagi to my sissy.
my SIL taknak katenyer, coz dah perginyer tanyer kedai emas, kalau nak tempah kosnye, lebih kurang dalam rm1 ribu, so my MIL bagi kat saya. insyAllah nanti ade masa saya nak tempah. tapi nak design yang simplesimple jer, taknak berkerawang sangat. selalunye kalau batu ni cantik nampakkan batu saja. baru cantik. since my rantai pun takde buah loket lagi, mmg tepat pada masanye la, my MIL bagi saya.
lebih kurang beginila batunye
warna pun sama
kalau kawankawan ade idea nak design macam mana marilah share ngan saya yer. oklah kawankawan nak sambung kemas dapur pulak. prepare makanan yang dah siap.nanti auntieauntie sampai terus makan saja.
xoxo
.ieta.
terima kasih kerana sudi membaca entry ini
5 comments:
hepi holiday....:)
cantik batu tu kalu buat loket :-)
wah cantiknya dpt batu cmgitu...:-)
wah...cntik ye batu tu...cantik2x!
nieyl : happy holiday
waniey : kan awak?tula tak sabar nak tempahnyer..
intan : thank you kak
ayut : thank you..hehe
Post a Comment