marimari

Monday, December 31, 2012

zhariff dan beg sekolah


sayu hati ini.....ceh...hehe. tetiba plak nak nyanyi lagu sedih. last friday lepas balik kerja singgah rumah amik zhariff ngan papanyer teus ke taska nak bayar yuran n amik barangbarang for playschool zhariff. zhariff mmg excited la kalau nampak je school die, mesti cakap "nak olah mi" hehe..jangan masa nak hantar nanti nangis sudah.

so inilah yang zhariff dapat nak kena pakai mase first day school on 7 Januari 2013 nanti.


uniform nyer sangat la comel ade 2 pasang, tapi macam nak kena beli lagi jer. gym suit 1, swimming suit sendiri punyer. buku peter and jane pun ade. beg sekolah bandung mari. garagara ade gambar ayam terus grab jer. RM 15 sahaja duit malaysia.

sejujurnya, kalau teringat nak masukkan zhariff ke playschool ni, terus rase nak nangis. aku fikir, boleh ke zhariff nanti, cmne die kat sekolah. harapharap bile die nampak abang ucop (anak kakmimi) die oklah. "Ya Allah,  Engkau kuatkanlah semangat ku untuk hantar anak ku ke sekolah. Engkau peliharalah zhariff ketika di bawah jagaan orang lain."

nak nangis, 6 hari je lagi....huwaaaaaa....

xoxo
.ieta.

FLYERS TUPPERWARE 3-31 DISEMBER 2012


ENTRI INI ADALAH ENTRI MELEKAT
SILE SCROLL KE BAWAH UNTUK MELIHAT ENTRY BARU








jengukjenguk untuk order
whatsapp me 0193605685
for best price
or, email me
konspirasiteori@hotmail.com


hari terakhir 2012


salam isnin semua.

mesti yang masih bergulung dalam selimut kan?ramai yang bercuti sambung cuti new year. jalan pun lengang je pergi kerje tadi, 20 minit dah sampai ofis.bahagia sungguh. rabu ni sengsara la balik. jemmmmmmm....

hari ni merupakan hari terakhir dalam tahun 2012. alhamdulillah sepanjang tahun 2012 ni, banyak benda yang tercapai, kenangan yang akan di simpan untuk selamalamanye. percutian last minute yang sangat happening. thanz to uncle n su. harapharap plan vacation tahun depan menjadi la. inshaAllah..
hehe

lembaran baru akan bermula esok.
marilah kite menanamkan azam baru.
hurmmmm...

oklah yer kerjaku melambaklambak sebenarnyer ni, tak menang tangan langsung. malam ni ade bbq at maksu's home sweet home with family members. aku tinggalkan dengan katakata di bawah ini.


bye!

xoxo
.ieta.

Saturday, December 29, 2012

majlis pernikahan apeq dan leuniey



Tahniah buat apeq dan leuniey
selamat menempuh alam rumah tangga pula yer

 
 
 
 
 
sweet mereka berdua ni
 
sumber : limauais.com
 
xoxo
.ieta.

Restoran Thai Thai Sunway Piramid


buat ape hari ni di hari sabtu?aku just elpak ara je umah maksu sambil tungu my parents sampai dari kampung.

oklah nak cerita pasal last thursday night before fly ke Bandung, kitorang family members dinner kat Restoran Thai Thai Sunway. punyela ramai orang malam tu. nasib baik la ade seat..first time makan kat restoran ThaiThai ni.




nampak semua makanan dalam menu tu sedapsedap belaka
huhu

sambil tunggu makanan sampai, ape lagi snapsnap la kan.hubby plak ke money changer tukar duit. kalau tukar kat indonesia rugi..baik tukar siapsiap.


family members


muka tanpa secalit makup, malas gitew..hehe


cuzzy nellisa with her daughter airis ammara


chumell nyer melayan budak berdua ni.
kat bawah ni la makanan yang di order oleh uncle.






ade macammacam lagi,tapi tak sempat nak snap. dah lapar.hehe..makanan kat sini semua nye sedap ok. kena cuba makan kat sini.

last sekali sempat jugala aku nak bergambar kat depan sunway pyramid tu.
ahaks!



oklah yer, nak makan nasi lagi..lapar lagi daaaaa
haha

xoxo
.ieta.

Friday, December 28, 2012

buat baik dan buat jahat


salam jumaat semua.
alhamdulillah pagi ni bangun masih bernafas dan segar, walaupun masih ade lagi rasa sikitsikit lesu. nak kate jetlag, mcmla jauh sangat berjalan.hehe

hari ini insha Allah akan setelkan yuran playschool zhariff. coz nak kena collect uniform, book semua. lagipun dah rindu sangat kat rumah sendiri. seminggu stay kat umah maksu.

oklah yer nak start buat kerja dah.


bye!

xoxo
.ieta.

Thursday, December 27, 2012

rindu


salam khamis semua. masih belum berkesempatan nak update panjangpanjng. nk storymory pasal ke cuticuti. harini baru start kerja after cuti panjang (panjang la sangat)hehe..badan mmang sngat lesu. tapi terpaksa juga kerja. ade ite visit lagi petang ni. huwaaaa, nak nangis je rase..

bile sampi ofis jer tengok meja ku dah berterabur dengan segala dokumen
baru 6 hari cuti. belum sebulan lagi.

baru sempat sikitsikit jer jengah blog kawankawan.
nanti aku blogwalking lagi bile berkelapangan yer
setelah bercuti lama ni baru jer halfday dah rindu bangat dengn budak comei ini..
huhu



oklah bye!

xoxo
.ieta.

Monday, December 24, 2012

pemaaf


salam isnin semua, mesti ramai yang masih bercuti lagi.yela esok cuti kan. mestilah ramai yang sambung cuti. aku masih di bandung lagi. hari ni akan ke Trans Studio. orang kate like Universal Studio. tapi xtahula kebenarannyer itu.hehe. janji anak enjoy n happy kan?

tak puas lagi sebenarnyer shopping kat sini. banyak sangat outlet. pastu hujan harihari, agak terbatas sikit nak berjalan. takperlah aku share katekate di bawah ni yer. nak siapsiap turun breakfast sat gi.


bye!

xoxo
.ieta.

Saturday, December 22, 2012

kota bandung


salam dari kota bandung semua.


sekarang baru pukul 5.45 pagi. dah cerahkan? di hari kedua aku n family di sini. nanti aku share pengalaman kedua aku cuticuti di sini yer. now tengah lepaklepak tgk tv jer kat bilik. coz dah tebangun awal, tak boleh nak tido balik.
huhu


anak teruna masih dibuai mimpi ketika ini. si bapak pula dah turun swimming..haha

oklah
bye!

xoxo
.ieta.

Friday, December 21, 2012

Tips untuk kaum wanita


salam jumaat.

selamat bekerja kepada yang bekerja hari ini, dan selamat bercuti bagi yang bercuti macam aku.hehe..

oklah nak share tips kat bawah ni. 
bagi orang perempuan di luar sana termasuk diriku.
diambil di fb excelqhalif


bye!

xoxo
.ieta.

Thursday, December 20, 2012

Tips bawa anak kecil naik kapal terbang


tiada pengalaman membawa ank kecil naik kapal tebang sebenarnyer aku ni. dulu first time naik flight pun dengan hubby, mase baru kahwen. now bersama zhariff pula. so, kena google dan baca pengalaman kawankawan blogger mane yang pernah bawa ank naik flight. ape yang perlu di bawa, ape yang tak perlu dibawa. aku terbaca entry di blog ummierna. sangat sangat membantu aku. ni aku copy sikit from  ummierna nyer blog.


Tips bawa baby naik Kapal Terbang;

Sebelum beli tiket haritu, erna ada la meng'google' apakah tips membawa baby naik kapal terbang. Kalau pun mak dah biasa naik kapal terbang, tapi 1st time bawak baby naik kapal terbang..memang macam-macam persoalan yang akan timbul sebelum bawa baby. Sini erna akan share beberapa tips sebelum bawa baby naik kapal terbang..
  • Gunakan backpack (beg sandang belakang) untuk hand luggage kerana dengannya tangan anda bebas dan mudah untuk melakukan banyak keperluan lain dalam perjalanan. (erna bawak backpack MLO untuk isi perkakas iman. Backpack ni termasuk dalam pakej masa beli pam Ameda. Dalam backpack letak pampers, bedak, etc..)
  • Pastikan backpack anda mengandungi:
  • 1. beberapa keping lampin pakai buang. (Erna bawak 7keping. Sebab banyak tu yang muat untuk sumbat kat compartment bawah)
    2. Tisu basah (Bawak yang mini packed.) 
    3. Dua persalinan baju. (Erna bawak lebih sikit. Barut dan stokin pun bawak je buat spare)
    4. Botol susu (jgn bawa air panas dalam thermos / air kosong dlm botol. Naik kapal terbang tak boleh bawa air/ cecair. Jangan risau, boleh minta dari cabin crew bila dh terbang nanti). (Erna bawa susu yang dah perah dari rumah. Susu bertahan 4jam. Perjalanan tak sampai 1jam ke KL. Alhamdulillah cukup untuk iman)
    5. Bagi bayi yang minum susu formula, gunakan bekas susu yang mempunyai beberapa ruang untuk mengisi susu yang telah siap disukat untuk sekali bancuhan. Jangan pula bawa tin dlm backpack, tak praktikal. Tin susu boleh disimpan dlm beg besar.

    Bagi bayi yang sudah mula makan, elok dibawa makanan di dalam botol kecil – banyak dijual di pasaran (sesetengah kapal terbang ada menyediakan makanan bayi, anda perlu membuat tempahan awal untuk ini).
    7. Permainan yang praktikal untuk dibawa. Bayi pastinya bosan duduk lama2 dalam kapal terbang. Permainan percuma di dalam pesawat ada juga (jika ada stok). Tetapi kadang2 ianya tidak sesuai untuk usia anak anda.
    8. ‘Bantal busuk’ atau selimut kegemaran sekiranya ada. (Erna memang ada sumbat bantal kecik iman dalam backpack)
    9. Beg plastik kosong. Boleh digunakan kala kecemasan eg. nak buang lampin yg dipaliti ‘kuih’ yg tak tertahan dek idung, isi baju basah / kotor. (Tak bawak spare pun plastik. Alhamdulillah sebelum naik kapal,iman dah siap poo poo.Legaaa...)
    10. Sehelai baju si ibu. Menjaga bayi kadang kala memang comot. Dengan makanan yg tertumpah la, kebocoran lampin la… maka elok ambil langkah ini.
    • Pastikan anda menempah awal bassinet untuk meletak bayi ketika di dalam kapal terbang nanti. Maklumkan ini kepada ejen pelancongan atau syarikat penerbangan. Jika tidak , anda harus memegang bayi anda di atas riba sepanjang perjalanan.


    nanti aku share pengalaman aku plak yer
    tungguuu...hehe

minyak yuyi ade campuran minyak babi


baru perasan tarikh hari ni agak cantik juga

20.12.2012

tak silap aku anak Datuk K kot punyer reception malam ni
ceh, pandaipandai jer.
haha

pagi ni tadi before mulekan kerja, buka Fb.. ramai yang share pasal minyak yuyi.


baru 2hari lepas beli minyak yuyi ni, masa nak beli berfikir juga nak ambil minyak telon or yuyi. sekali aku beli yuyi. hari ni plak dapat tahu minyak yuyi nimade kandungan minyak babi. aiyaaa...wajibla buang n beli jenama lain.

tak berkesempatan lagi nak buat entry autopublish bile saya bercuti nanti.

*autopublish*

xoxo
.ieta.

Ya dan Tidak dalam mendidik anak


salam khamis, cepat dah hari khamis kan?esok jumaat.pastue mesti ramai cuti bersambung sampai krismas. aku pak harini memang kena pulun la habiskan kerja, bayar bil buat kelulusan semua bagai sebelum bercuti panjang sampai rabu depan. pasal cuti panjang tu nanti aku share yer. hari ni g kerja dengan badan yang agak lesu dan kurang tidur. gara gara zhariff kurang tidur malam tadi. so, kejap lagi kena g pantry buat nescafe tarik..hahah

oklah ye, nak share lagi perkaraperkara Ya dan Tidak dalam mendidik anak
ni aku amik dari FB ExcelQhalif


samasama kite perbaiki diri sebagai ibu dan bapa

bye!

xoxo
.ieta.

Wednesday, December 19, 2012

potluck masakan kampung



meeting jabatan dah selesai. banyak juga la isu berbangkit. biasala admin kan jaga staff n bangunan. banyak juga la isu. selesai menadah telinga dengar leteran boss, kite makan dulu.

alhamdulillah, banyak rezeki kali ini. ramai juga yang bawa makanan, hasil air tangan masingmasing. dari masakan kampung hinggalah ke dessert.

so inilah sebahagiannyer




kawankawan ofis. before teruskan majlis makanmakan, ade sedikit knowledge sharing dari pegawai kami.

kat bawah ni lah makanannye yang sangat menyelerakan.


dessert



tersusun rapi
huhu


yummeyh!

apeape pun, mmg terbaik kalau but potluck..we all enjoy makan.hehe
oklah.
bye!

xoxo
.ieta

quote of the day #8


salam di hari rabu
hari ni takde wordless wednesday ok.kalau boleh share kite share. tengoklah kang kalau ade pic yang boleh aku cerita, aku cerita ye..haha. nak ceita dgn gambar jer, takde gambar tak nak cerita.hehe

hari ni ade potluck untuk semua staff admin. macam biaa aku telah direquestkan oleh kawankawan untuk bawa sambil ikan bilis berlada. pulun juga la aku memasaknye mlm tadi after balik melepak kat umah jiran. hubyla ajak singgah nak bagi cheezy wedges katenyer untuk ucop. kebetulan juga kitorang g makan kat kfc equine sebelum tu.

ade meeting jabatan sekejap lagi. ntah apela yang nak kena dibebelkan tu.hehe

oklah nak share katakata baru lagi,



bye!

xoxo
.ieta.

Tuesday, December 18, 2012

zhariff nak sekolah?


sekarang ni dah macammacam jenis tadika/taska betul tak?sampaikan dan konfius fikirkan mane satu yang terbaik untuk anakkan. dah macam nak pilih u pulak untuk anak. 

sebenarnyer insha Allah, start Januari 2013, saya akan hantar zhariff kat playschool. lama juga berfikirfikir nak hantar zhariff. lagipun die baru umur 2 tahun kan. bile dah berbincang dengan hubby, maksu, my mom, my dad semua dorang cuba jer hantar dulu. tengokkan macam mana. lagipun dekat sikit hubby nak hantar zhariff. lagipun nak dekat 2tahun dah hubby hantar zhariff dari taman puncak jalil ke ara damansara. kesian jugala..

bulan november lepas dah start searching taska yang ok area rumah kami. tapi ade dua pilihan jer. duadua sangat ok. atlast pilih yang ade tadika sekali. kebetulan pulak start tahun depan tadika yang kami nak hantar tu ade daycare sekal,  so boleh la zhariff duduk kat situ. niat asal nak hantar taska biasa jer. tapi disebabkan taska yang dekat dengan area rumah ni pagi zhariff akan sekolah tapi sekolah mainmainla, after 12pm baru start daycare. dan kebetulan juga jiran kami pun nak hantar di tempat yang sama. so zhariff ade kawanla, cume kelas jer lain.ade swimming class, play gym. ermm, oklah kot kan. cube jerla dulu tgk pekembangan zhariff macam mane.

hati ni masih berbelah bagi lagi nak hantar zhariff, tapi kami berdoa semoga zhariff selamat, ok dan sangat tak sabar nak tengok perkembangannye kat sana nanti. 

bile tanye zhariff, 'zhariff nak sekolah? zhariff jawab, nak olah mi.'hehe..

oklah nak share pic zhariff mainmain kat sekolah Permata yang Datin Rosmah buat tu. kebetulan kat sebelah rumah my mom jer.kalaulah aku tinggal dengan mak, boleh hantar kat permata ni..huhu



seronok sungguh zhariff dengan cikcina nyer, time ni maksu datang lepak kampungku
selalu pakcik guard tu akan buka gate bagi zhariff masuk.
baik pakcik tu.hehe




setiap kali balik umah atuk n nenek, mesti zhariff nak main taman. nasib baik pakcik guard tu baik hati selalu nak melayan buka kan gate.

hehe

oklah, bye!

xoxo
.ieta.

tazkirah pagi #18


salam selasa semua.
pagi ni g kerja dalam keadaan hujan renyairenyai. nasib baik jalan tak beapa jem sangat. sempatlah sampai ofis tepat pada waktunyekan.

oklah nak share katekate baru lagi..


kepada perempuanperempuan di luar sana termasuk diriku ini
samasamalah kite renungrenungkan dan memperbaiki diri kite ke arah yang lebih baik.

inshaaAllah

xoxo
.ieta.

Monday, December 17, 2012

kenduri kendara cousin



kite bersambung cerita pasal kenduri my kazen yer.

seawal pagi dah kena kejutkan dengan budakbudak kecik yang memekakmekak di pagi hari. haha. biasala tukan. terus turun breakfast. afte breakfast my mom suruh siapsiap. sampai awal senang, majlisnyer dalam tengahari gitew. lebih kurang dalam pukul 10 baru gerak ke umah makngah kat jalan kent. tak sempat nak begambar dengan si kenit yang macam biasa aku buat tu, coz kena driving. awalawal hubby dah duduk kat seat passenger. 

sampai jer terus meluru ke dapur. bau sambal tumis makteh mmg menyelerakan. sekali ade lempeng panas plak. terus jadi lapar balik. padahal kat umah maksuntadi dah makan nasi lemak.haha. lepas tu tolong ape yang patut. bile dah takde kejer, duk melepak depan pelamin. ape lagi mmg amik kesempatan bergambarla. sementara orang takde lagi.haha

layankan..




with my along, anak buah tersayang dan adikku


me, maksu n cuzzy nana
inila maksu aku yang comel dan sangat baik


bapak dan anak
anak bapak yang payahla nak senyum
hehe


mereka sepupu
comelkan?


bile karpet tu sangat la gebus
inilah jadinyer, nak baring saje


bile mummy nak ambil gambar ngan die pun
still taknak bangun, so jadi ginila gambarnyer
but i likeee!

bile dah tengahari gitu, kitorang g makan dulula. kang kalau dah ramai payah kan. so inilah tempat makanmakannyer. tak sempat nak snap makanan nyer. dah lapo la katekan..



candy bar
sedap semuanya
dah jadi macam budakbudak plak
orang tua jer yang banyak makan
haha

after makanmakan, lepaklepak, borakborak. bergambar dengan pengantin plak


my family members


me with kak suzie

penat bergambar, lepak luar makanmakan semula sambil layan penganti menyanyi with syeila. kenal tak?perasan tak?
layan jugala suaranya sedap juga.


nak tepek kat sini zhariff with his cuzzy airis ammara
so cute...tapi zhariff macam takde perasaan je kan
haha


after asar baru geak balik ara
sambung melepak kat umah su plak.
huhu

pic of the day
.
.
.
.
.
.

oklah bye!

*autopublish*

xoxo
.ieta.