marimari

Saturday, December 1, 2012

Shopping sakan


salam hujung minggu semua, macam mana arini?g shopping ke korang? jalanjalan ker? or duduk rumah saja.hehe bile keje rumah dah settle, meh aku nak update sikit ape kitorang satu family buat hari semalam. seawal pagi dah start mengemas rumah, menebas rumput semua bagai.dulu adikipar selalu datang, die yang rajin tebas rumput depan rumah.hehe..nak panggil orang mesin rumput macam tak berbaloi plak, coz sikit jer..mulemule mmg plan nak ke MAHA, tapi hubby plak ajak ke FOS Clearance Sale kat Glennmarie. padahal jumaat lepas after solat jumaat dah pergi dengan abg dan kawannya. dapat la tangkap berhelaihelai baju zhariff dengan RM1 sahaja. so semalam hubby ajak aku cari baju kalau berkenan. kuturutkan sahajala kan..tengahari kitorang gerak..






die ingat, die dah besar la tu nak duduk
belakang sorangsorang

nasib baik mase kitorang sampai kat Gudang tu, tak ramai sangat orang, senang parking dan senang nak tengok bajubaju...hubby cakap baju budak dah tak banyak, coz semalam die g banyak juga la pilihan, kakmimi jiran ku kirim, tak dapat nak belikan coz mmg langsung takde pilihan. kitorang just dapat beli baju aku n hubby jer..hehe..RM10, RM15...okla kan.. murah juga la tu..

lepas habis shopping kat situ, kitorang ke SetiaCityMall la plak. sambung shopping kat sana. mmg dah jadi tempat fav coz macammacam ade kat situ. Butik bestbest pun ade kat situ like H&M, Zara, MNG, ALDO, PADINI Concept Store, macammacam lagila..korang g la jengukjenguk kalau ade masa..hehe..nak makan pun tak susah. macammacam restaurant ade..kitorang tadi lunch dekat Delicious..lepaklepak kat luar sambil hirup udara nyaman..cewahhh...heheh..layankan gambar di bawah ni yer...




katil impian ker zhariff 
duk tenung lama sangat tu,
mahal sangat la sayang
hehe



pemandangan luar SCM
cantik juga, taman nyer best untuk budakbudak main


sibuk main cage yang tergantung atas kepalenyer


hubby tersayang

bile makanan dah sampai mari kita santap dulu yer. makanan kat sini boleh dikatakan sedapsedap belaka. dessert pun terbaik. tapi kitorang tak order, coz dah kekenyangan. boleh kalau korang nak makan dessert jer kat sini.


kids meal, spaghetti carbonara


Nasi Kerabu for hubby
memang sedap


ni aku lupe namanya.
tapi mmg sedap, kentang tu die bakar dengan cheese n meatball


after makanmakan hubby pula melayan zhariff main kat taman. zhariff memang enjoy sangat. macammacam jenis mainan ade kat situ.





dah penat, lagipun panas lagi kat luar tu, sambung jalanjalan shopping pula.hehe. masuk ZARA kononnyer nak cari jeans or khakis, tapi yang berkenan warna nya tak menarik pula. papa n mummy sibuk pilihpilih, sikecik plak sibuk main kasut. pekerja baru agaknye..hehe


tengah sibuksibuk duk pilihpilih, sekali baru kurang enak menusuk hodung mummy. sekali zhariff yayak plak, dahla pampers telah digunakan, pastue bawa sekeping jer. terpaksa la mencari supermarket. sekali kena beli banyak juga. yang ade n murah pun Huggies. terpaksala hubby beli juga...aiyala zhariff..pastue mummy kena spare 3,4 keping pampers kamu. then sambung plak melayan zhariff main kat Playland dalam SCM tu. sempat juga singgah kejap kat Petsmore. ketakutanla zhariff nampak dog yang asik menyalak jer..hahah



zhariff enjoy at playland
sekali masuk RM10
bolehla kalau nak bagi anakanak enjoy kan



bile dah betulbetul penat
terus zhariff ajak mummy keluar
kitorang gerak balikla kan, coz malam nak tengok bola pula
tak lupe nak ucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya di atas kejayaan
menang 2-0 malam tadi


mummy pun nak nyibuk juga...hehe


kepenatan, melopong tido..
huhu

oklah, tengah nak pikir mahu kemana plak untuk lunch
malas nak masak la katekan
hahha

xoxo
.ieta.

2 comments:

ayut said...

pernh pergi skali kt situ.besarrrrrrrrrrrrrr...huhuhu..mmg jenuhla shopping kt situ :)

syiela said...

amboi shopping sakan.. tak pernah sampai sana