marimari

Thursday, December 20, 2012

Tips bawa anak kecil naik kapal terbang


tiada pengalaman membawa ank kecil naik kapal tebang sebenarnyer aku ni. dulu first time naik flight pun dengan hubby, mase baru kahwen. now bersama zhariff pula. so, kena google dan baca pengalaman kawankawan blogger mane yang pernah bawa ank naik flight. ape yang perlu di bawa, ape yang tak perlu dibawa. aku terbaca entry di blog ummierna. sangat sangat membantu aku. ni aku copy sikit from  ummierna nyer blog.


Tips bawa baby naik Kapal Terbang;

Sebelum beli tiket haritu, erna ada la meng'google' apakah tips membawa baby naik kapal terbang. Kalau pun mak dah biasa naik kapal terbang, tapi 1st time bawak baby naik kapal terbang..memang macam-macam persoalan yang akan timbul sebelum bawa baby. Sini erna akan share beberapa tips sebelum bawa baby naik kapal terbang..
  • Gunakan backpack (beg sandang belakang) untuk hand luggage kerana dengannya tangan anda bebas dan mudah untuk melakukan banyak keperluan lain dalam perjalanan. (erna bawak backpack MLO untuk isi perkakas iman. Backpack ni termasuk dalam pakej masa beli pam Ameda. Dalam backpack letak pampers, bedak, etc..)
  • Pastikan backpack anda mengandungi:
  • 1. beberapa keping lampin pakai buang. (Erna bawak 7keping. Sebab banyak tu yang muat untuk sumbat kat compartment bawah)
    2. Tisu basah (Bawak yang mini packed.) 
    3. Dua persalinan baju. (Erna bawak lebih sikit. Barut dan stokin pun bawak je buat spare)
    4. Botol susu (jgn bawa air panas dalam thermos / air kosong dlm botol. Naik kapal terbang tak boleh bawa air/ cecair. Jangan risau, boleh minta dari cabin crew bila dh terbang nanti). (Erna bawa susu yang dah perah dari rumah. Susu bertahan 4jam. Perjalanan tak sampai 1jam ke KL. Alhamdulillah cukup untuk iman)
    5. Bagi bayi yang minum susu formula, gunakan bekas susu yang mempunyai beberapa ruang untuk mengisi susu yang telah siap disukat untuk sekali bancuhan. Jangan pula bawa tin dlm backpack, tak praktikal. Tin susu boleh disimpan dlm beg besar.

    Bagi bayi yang sudah mula makan, elok dibawa makanan di dalam botol kecil – banyak dijual di pasaran (sesetengah kapal terbang ada menyediakan makanan bayi, anda perlu membuat tempahan awal untuk ini).
    7. Permainan yang praktikal untuk dibawa. Bayi pastinya bosan duduk lama2 dalam kapal terbang. Permainan percuma di dalam pesawat ada juga (jika ada stok). Tetapi kadang2 ianya tidak sesuai untuk usia anak anda.
    8. ‘Bantal busuk’ atau selimut kegemaran sekiranya ada. (Erna memang ada sumbat bantal kecik iman dalam backpack)
    9. Beg plastik kosong. Boleh digunakan kala kecemasan eg. nak buang lampin yg dipaliti ‘kuih’ yg tak tertahan dek idung, isi baju basah / kotor. (Tak bawak spare pun plastik. Alhamdulillah sebelum naik kapal,iman dah siap poo poo.Legaaa...)
    10. Sehelai baju si ibu. Menjaga bayi kadang kala memang comot. Dengan makanan yg tertumpah la, kebocoran lampin la… maka elok ambil langkah ini.
    • Pastikan anda menempah awal bassinet untuk meletak bayi ketika di dalam kapal terbang nanti. Maklumkan ini kepada ejen pelancongan atau syarikat penerbangan. Jika tidak , anda harus memegang bayi anda di atas riba sepanjang perjalanan.


    nanti aku share pengalaman aku plak yer
    tungguuu...hehe