marimari

Friday, May 31, 2013

bila budak ini dah start buat sepah



nampak tak ape sudah jadi. dah macam kapal karan pecah dah ha. masa ni baru balik dari kursus. duk melayan zhariff main main. pastu die main sendiri, aku pun main candy crush jap. sekali toleh belakang tengok ini sudah jadi. mencari die, dah takde. rupenyer dah lari naik atas ikut papanya mandi. sabar jela. semua buku dibukanya. semua mainan dikeluarkannya. haila anak.

inilah budaknye. tuah mommypapa tu...



oklah yer..

wassalam

sabaritu memang pahit


salam ceria di pagi jumaat semua. ceriaceria selalu coz esok cuti kan. hehe

suka sangat sampai ofis awal, bermulala rutin harian bekerja semula after berkursus di luar selama 3 hari.

dokumen pun dah bersusun je atas meja ni untk diselesaikan. biasala tu kan. oklah yer perut ni dah bekeroncong nak breakfast dulu. ade bawa sedikit bekalan dari rumah.

ku tinggalkan katakata di bawah untuk renungan bersama ye...




wassalam...

Thursday, May 30, 2013

katakata dari TMJ


salam ceria di hari khamis. kenape ceria, coz arini last day kursus kat Midvalley ni. dah rindu workstation kat ofis tu. hehe..

pagi datang with kawan yang tinggal area dengan rumah aku. so ade la kawan, nak bersembang dalam kereta.hehe...now tengah lepak kat kopitiam ngan member.

pagipagi tadi sebelum keluar, sempat check whatsapp, my freind ade share something dalam group admin. inilah die.



sangat setuju dengan katakata dari DYAM Tunku Ismail ni. sangat tepat sekali ape yang dikatakan. orang yang tak senang dengan kita ni, akan nampak negatif saja. sedangkan pada hakikatnya, die tak tahu asal usul atau keadaan sebenarnya. main sedap nak mengata orang jer.

pernah berlaku pada diri aku, atau sedang dikata wallahualamlakan..yang penting orang yang rapat or orang yang mengenali diriku ini yang tahu tentang kehidupan ku. kalau setakat dengan mata, baca apa yang ditulis, dicatat baik tak payah nak mengata. kalau nak mengata, kenala duduk dalam kehidupan orang tu. baru tahu keadaan sebenarnya.

oklah dah melalut, malas nak berkonflik dalam blog ku ini. biarkan ia berlalu. yang penting aku and family bahagia dengan apa yang ada sekarang.

alhamdulillah..

wassalam






Wednesday, May 29, 2013

badak berendam


nak cerita sikit pasal last friday. pergi birthday party anak kawan dekat kampungla. lagipun die prder makanan pun dengan my mom juga. bertungkus lumus la masak mee kati, kuih baak berendam dengan bihun goreng...ramai bebeno pembantunye...hehe, termasukla anak teruna ku.


badak berendam in the making

bile dah siap, tolong my mom bersihkan dapur n tempat cateringnya. memang agak kepenatan. dalam pukul 4 lebih baru la gerak g rumah my freind tu. sampai jer orang tengah baca doa selamat. lepak main dengan baby la aku. haha...





baby emyrazafiraqaisara


suka tenok gambar ni. macam adik dengan abang jer kan. tetiba teringin plak nak menambah. huhu..

oklah, itu saja untuk selingan hari ini.
 
 
 
 


kelebihan diri


salam kurang ceria sikit di pagi rabu ni, sebabnya...mengantuk lol!

sebabnya, tidur lewat sikit. mulamula tunggu bola, sekali macam hampeh kena tunda. tahniah la kepada pasukan Kelantan kerana berjaya melangkah ke Final.. malam tadi juga, lepas tahu kena yunda, terus siapsiap kemas rumah semua bagai. coz bile bangun pagi nanti senang kan, just masak air jer. pagi ni juga, agak liat nak mandikan zhariff, angkat masuk dalam bilik air pun sambil tutup mata. jenuhla mommy nak memujuk. hehe. biasalakan, terpasak siapkan zhariff awal, coz nanti bile papanye siap die akan cranky all the time. kesian pulak kat hubby.

oklah dah melalut plak, ni tengah lepak sat breakfast kat Kopitian Midvalley, sambil menunggu kawankawan yang lain sampai.

oklah nak share ngan kawankawan tentang kelebihan diri yang masingmasing ada. sangat setuju dengan katakata di bawah ini, yang ku ambil dari FB excelqhalif samasama kita renungkan.




wassalam

Tuesday, May 28, 2013

zhariff kena marah



nampak tak gambar atas tu. itu namanya budak tengah sebek kena marah.haha... asalnya my brother marahkan zhariff coz nak main tepi longkang. terus la merajuk jadi begitu, tapi biler Mawardi dengar, die ingat abah die marah die, die pun ikut sama sebek juga...hehe..

oklah, itu saja. seingan ketika sedang berkursus.

wasalam.




berkursus!


salam ceria di pagi Selasa...

hari ini sehingga hari khamis akan berkampung kat Midvalley ni,coz ade kursus Excel. saje jer join, nak memantapkan lagi kemahiran menggunakan Excel. nak pergi sendiri memang takde lakan, dah company hantar, pergi je okeyh...sangat berguna.

pagi tadi seronok jer bile kejutkan zhariff. mulamula memang liat nak bangun, menonggeng semua bagaila. pujuk punyer pujuk, die bangun. terus bawa g mandi. merengek macam biasala. lepas tu bawa g bilik die nak pakai kan baju. so tanyer die nak pakai baju ape, coz cuti sekolah tak payah pakai uniform kan. aku pun cakapla, nak pakai baju monkey, die cakap taknak, baju kuda? nak baju kuda miey...terus senyap, kalau tak sambil nak pakai kan baju tu, asiklah nak merengek jer. maknanya, mommy kena serbu AEON, members day nanti kat Sunway 31 Mei ni, borong baju polo untuk buat basahan.hahahah... pagi tadi terpaksa la pakai baju Ralph Lauren. nasib baik dah kecik sikit. so pakai jerla kan...sayang sebenarnyer..hahahahah..korangkorang kalau g Singapore, dan kebtulan time tu tengah SALE, mmg wajibla beli baju or seluar brand Ralph Lauren mmg murah okeyh.

melalutla plak kan..hahah..okeyh bersambung kepada cerita berkursus ini sepatutnya ade sediakan van, dan gerak dari ofis. last minit, pagi tadi bile dah keluar rumah, kol member, die bagitahu van takde. perghhh, nasib baik semalam dah belajar nak g ikutbjalan mane yang senang. so terus gerak jer ikut Jalan Klang Lama. setengah jam jer dah sampai. before 8 dah sampai. termangu la aku kejap haaa....klas start kul 9 plak tu. now tengah lepak kat depan class sambil layan sandwich tengok orang lalulalang..boleh?hahahahah

oklah yer membebel plak, nak share juga dengan kawankawan katakata dari Prof. Dr. Muhaya...


sangat setuju. semua yang kita capai hari ini, dengan izin Allah swt.

wassalam...



Monday, May 27, 2013

Giveaway Echanteur Beautiful Eau De Toilette


dah lama raenye tak updte pasal giveaway kan?coz lame juga dah tak hantar giveaway ni.sibuk dengan kerjakerja harian dirumah serta diofis..hahahah...bajet sibuk bebenaula..

kali ni dapat Sample from Enchanteur, dah lama gak kot dapat, lupe nak share ngan uolls. sample je pon, bukan beli beribanriban kan...

inilah sample nyer, tak cuba lagi...



oklah, wassalam

dendam itu merosak jiwa


salam ceria di pagi isnin.

selalu tak de mood kan? ku pulak, ceria....coz kuar pagi tadi pun dah lewat sikit, siap boleh kemas rumah, sidai baju, masak air semua bagai...bahagia bile time cuti sekolah ni coz jalan tak jem, tak pening dan stress menghadap jem kan...

zhariff pun liat nak bangun bile dikejutkan suruh mandi. nanti kang senang papanya terus je boleh hantar.lastlast hubby kate, nevermindlah, die siapkan zhariff nanti. suruh salam, hug pun sambil pejam mata. suruh buka mata pun taknak dah. ngantuk sangat la tu...

oklah yer, nak naik briefing ni. ku tinggalkan katakata di bawah untuk renungan bersama...


wassalam


Sunday, May 26, 2013

Peringatan buat suami


salam ceria di hujung minggu semua.

hari ni dah pikir nak gerak balik ke KL semula...memang agak kemalasan kan? ni tengah siapsiap packing barang nak ke kampung arwah nyang di Chuah,  PD. saje g lepak with family members. mak pun tengah sibuk masakmasak untuk bawa ke sana. biasala my mom sebagai kakak yang sulong mesti takkam upe untuk bawa makanan sedapsedap untuk adikadiknye. itulah mak saya.

oklah dah melalut plak. nak share katakata di bawah yang menarik perhatianku.


wassalam

Saturday, May 25, 2013

kerajinan follow mak....


salam semua...

macam biasa soalan ku, korang buat ape?hahahahha



mesti ramai yang nak menghadiri majlis perkahwinankan? sama la dengan aku, no baru ondaway nak ke Temerloh. unplanned sebenarnye, my mom ajak ikut hantar pengantin. kebetulan penganti itu jiran ku mas kat rumah lama. so follow jela, jalanjalan temerloh.

oklah, nanti kite sambung cerita yer.





Friday, May 24, 2013

udara nyaman di petang hari


tengah buat ape korang?jalanjalan?perabih duit?hahahahhaah

di petang hari ni, duduk lepak dengan famili memang masa yang terbaik ku rasa....


melayan anak teruna dengan ayam nyer...



 abang n famili plak layan badminton..memang seronok.



oklah uolls...nanti sembang lain pulak yer..

wassalam...

korean movie punya pasal


salam ceria di pagi Jumaat...

mesti ramai yang sah sampi kampung halaman tercintakan? almaklumlah cuti sekolah dah bermula. termasuklah diriku ini. baru sampai dr KL pagi tadi lebih kurang pukul 1lebih. alhamdulillah jalan tak jem.



pagi tadi, bangunbangun je melayankan si kecik tengah layan ceita boiboboy. pagipagi adm lagi tadi dah ajak papa dgn atuk nya tengok ayam. itulah rutin nyer tiap kali balik kg. kalau blk kelantan, mesti ajak tokbahnya tengok itik.

oklah nak cerita tentang tengah kemaruk cerita korea. sampai sanggup beli portable hard drive ni untk copy cerita korea pkeyh...hahahah



xtaulah murah ke mahal RM168.00 untuk 500GB siap ade bavkup software dan free pouch tu. beli time Harvey Norman buat SALE. kebetulan jer sebenarnyer ke Ikano tu, terus grab jer...huhuhu...



skang tengah kemaruk cerita korea ini. tengah main lagi. so tak habis tengok. arini baru unlock episode 15.tak sabar nak tengok, after tolong my mom setlekan order makanan petang ni. ade birthday party my freind. die order makanan sikit dgn my mom.

oklah yer. jumpa lagi nanti....



Thursday, May 23, 2013

Fokus itu yang penting!



kali ni nak share tentang anak teruna kesayanganku ini. teringat kisah masa perginmakan dekat UNO Pizza USJ. selalu jugala g makan dekat sana.tapi selalu g makan dengan maksu n familyla. kalau korang tak pernah makan kat sini, g la cuba terjah.try search kat google.

oklah nak cerita tentang kekusyukkan my son tengok brother pizza baking pizza. siap duduk atas meja okeyh. memang kusyuk gile die tengok. kalau korang nak tahu, zhariff memang suka kalau bab masakmemasak ni. maybe turun dari papanya yang suka memasak.

korang layankanlah pic kat bawah ni...





khusyuk kan?sebenarnyer lupe nak amik pic die siap menyarap sekali kat atas kabinet tu..hehe


 mommy pun nak interframe juga..



oklah itu sahaja untuk hari ni.

wassalam...

beruntngnyer menjadi sorang wanita bertudung


salam di pagi khamis semua..

mesti hari ni ramai yang excited coz esok dah start cuti sekolah selama dua minggu. dan after kerje hari ni ramai yang dh start nak balik kampungkan? termasuklah diriku ini yangbakan balik ke n9 inshaAllah malam ni.

oklah, semalam dalam ralit duk tengok ape yang kawankawan post kat fb, terjumpa satu pic dengan katakata untuk samasama kita renungkan



untungkan menjadi seorang wanita betudung...

wassalam..

Wednesday, May 22, 2013

roti dan gardenia


hasi zhariff pergi field trip ke Kilang Roti Gardenia. dalam hati ni memang tak keruan la, duk memiirkan zhariff. alhamdulillah tengahari diorang dh balik. petang excited nak amik zhariff. masuk kereta jer terus semangat cerita, macam mana naik busla, abang buat rotila...seronok tengok zhariff happy...

siap bawa balik roti lagi...



semangat cerita dengan papanya...

mommypapa love u sayang


berzikir dan berselawat sebelum tidur


salam pagi rabu.

masih mood berkursus last day harini more kepada praktikal.masih belum berkesempatan lagi trjah blog u oll...

nak share something untuk amalan bersama...


wassalam

Tuesday, May 21, 2013

happy birtday boss



meh nak cerita sikit pasal aku dan kawankawan yang mengong sikit ni ha kat aku nyer department. kebeulan masa ni my boss belanja breakfast sempena birhday die..disebabkan kami terpisah separuh kat tingkat 12 dan separuh kat tingkat 6, so bile sesekali jumpa memang meriah...

layankan jela pic kat bawah ni...



kawankawan yang satu kepala




makanan yang dihidangkan. nasi lemak, kuihmuih...




tumpang tempat secretary boss

 oklah, nak sambung kursus. sempat je kan aku ni. time minum boleh plak nak update blog.


bye!


8 pintu murah rezeki


salam pagi selasa semua...

bermula hari ni, terpaksa menghadiri kursus Medic selama 2 hari. Almaklumlah, dilantik menjadi Ketua Medic.huhu!

kalau ade masa aku try blogwalk ye.lame juga tak terjah blog kawankawan...

oklah ku tinggalkan 8 Pintu Murah Rezeki...




wassalam

Monday, May 20, 2013

BFF








budak dua orang kat atas tu. memang tak dapat dipisahkan. tiap kali ke sekolah mesti tanye abang uco dulu. now abg ucop dah pindah rumah. tapi still same school. cuma dah kurang nak lepaklepak kat umah. makan, tido kat school mesti sebelah menyebelah kata teacher nya.



semoga hubungan kalian berdua berkekalan yer sayang. walaupun suatu hari nanti kita tinggal berjauhan....









8 pahala berterusan


salam isnin semua.

hurm, mcm biasalakan kalau dah hari isnin, memang liatlah nak bangun g kerja. lagilagi aku hari ade meetingla, dgn misi masih belum selesai lagi.

mudahmudah semua nya berjalan lancar.

oklah, pagipagi ni nak share 8 pahala berterusan dari Ustaz Azhar Idrus..



wassalam.



Sunday, May 19, 2013

Sushi King IOI Mall


tengah buat ape petangpetang ni? aku tadi, time nak tidokan zhariff, boleh plak dengan aku aku sekali terbabas. now tetiba trajin plak nak update blog. takde ape pun nak share. teringat pic lama time keluar amil BIL kat Shah Alam. time minggu mengundi tak silap. coz mase time nak amik BIL tu, jalan memang jem teruk.

dalam minggu tu pun juga, aku ngan hubby asik nak makan sushi jer. so mlm tu hubby sendiri yang nak makan skatvsushi king. balik tu terus singgah IOI Mall. korang layan jela ape yang sempat snap.

makanan yang selalu di order...






 


 


zhariff kalau jumpa pokmin nyer mmg macam orang bercinta..asik nak bekepit saja..





oklah yer, nak melayan anak teruna main plak.

wassalam






Saturday, May 18, 2013

aiskrim POP



hurm...time panaspanas layan aiskrim mcm ayip makan kat ats tu.tentu best kan? aiskrim zaman aku kecikkecik.memang layan. ni time balik dari kampung, singgah Jelebu rumah wan aku. die ade buka kedai runcit. tiap kali singgah mesti dapat air free. hehe..dulu time kecikkecik wajib beli aiskrim POP banyakbanyak. pastu sampai rumah cepatcepat masuk dalam  freezer bagi keras. dah keras patah dua guna lutut, pastu layannnnn...kan?kan?

oklah, bye!

Friday, May 17, 2013

salam bersalaman


salam ceria di hari jumaat.

mmg rasa cepat sangat masa berlalu. esok dah weekend. dah ade plan?aku adelah rancang nak bawa zhariff jalanjalan, tapi tengoklah nanti...

oklah yer, arini sibuk lahi the whole day. misi belum capai lagi ni. hahaha

mari kita amalkan salam bersalaman suami isteri..




wassalam

Thursday, May 16, 2013

happy teacher's day




hari ni hari sangat bermakna buat guruguru
dalam family aku, ade dua orang kerja sebagai pendidik
my biras my sis in law dan bakal pendidik insha Alah my brother in law. kepada mereka aku ucapkan...


suka layan lagu ni.
ini untuk mereka
hehe



=)

birthday party my cousin Umar Harith


salam ceria semua di hari khamis ini. finally dapat juga buat entry yang menarik sikit. inipun autopublish, pinjam notebook hubby mlam tadi. badan pun alhamdulillah dah beransur pulih. cume ade sikitsikit batuk. takpelah kan slowly batuk itu akan hilang.

oklah nak cerita pasal birthday party my cousin last two weeks tak silap. pada hari sabtu. time minggu election tu. lepas hantar my BIL kat Putrajaya terus ke rumah su.


dah besar die, nak duk belakang je berkepit dengan pokminnya


hubbyku melayankan saja yang isterinya ni mmg suka bergambor


Party buat sekat Tropicana Bowling Alley. biasalakan kalau dah berjumpa dengan my sis, bergambor jerla kejenyer...hahaha...layannnnn...


cinta hati saya

dalam jam 2.30 camtu terus gerak ke Tropicana Club. just bawa bahanbahan party je. makanan dah tersedia kat sana.





disebabkan dah lama tak main bowling, perghhh! memang penat giler. lawan plak dengan hubby, sister, cousin semua. siap ajar zhariff main lagi..hehehe..tapi memang seronok dan happening bile sesekali buat macam ni.


cousinku yang sengal
haha


ku menyayangi mu sister
huhu



sayang mereka berdua di atas

bile semua kawan harith dah sampai, dah penat main, barulah turn potong kek plak. chumell kek nyer bertemakan bowling.







setel sesi nyanyi, memotong kek. apa lagi bersambung lagila kan main bowling. selagi tak pukul 6. hahah






with my cousin nelly with her daughter n neice



last sekali tentula gambar family kecilku 

malam tu after maghrib, masingmasing dah tak sabar nak buka hadiah. termasuklah sikenit ku ini. baju yang die pakai tu, pemberian maklong n paklong nya.thank you yer, zhariff suka sangat coz gambar ikan.hehe


oklah yer, bersambung di lain entry.

wassalam.